PERMOHONAN PROJEK JALAN, PERPARITAN DAN BAIK PULIH RUMAH
A K T I V I T I K A M I





MESYUARAT PENGURUSAN JKKK KAMPUNG TENGAH BETONG BIL.4/2024
Tarikh : 07 Mei 2024
Masa : 8.30 malam
Tempat : Kediaman KK Kampung Tengah Betong
INFRA
-Lawatan cadangan projek Jalan Desa bernilai RM 100,000.00 bersama Penolong Pengarah UKAS Bahagian Betong. Cadangan lokasi projek telah dimajukan kepada pihak UKAS Bahagian Betong.
-Cadangan projek Jalan Khas melalui tepian dewan ( antara dewan dan rumah Abg Shomadi )masih peringkat cadangan awal.
PROGRAM
-Gotong royong membuka pintu gerbang akan diadakan pada 12 Mei 2024. Semua penduduk dijemput hadir. Pejabat Penerangan Daerah Betong akan turut serta dalam program ini.
-JKKK akan menghantar rombongan bagi menyertai Perarakan Gawai Dayak Bahagian Betong pada 08 Jun 2024.
-Pejabat Penerangan Daerah Betong akan turut serta dalam penganjuran Program Merami Rayau Aji Kampung Tengah.
EKONOMI
-Permohonan Geran SejatiMADANI masih dalam proses penilaian. Pejabat Daerah Betong akan mengadakan satu sesi taklimat khas bersama AJK JKKK pada 14 Mei 2024 berkaitan gerak kerja permohonan geran tersebut secara terperinci.
BANTUAN
- Penerima PPRMS dicadang juga meliputi penduduk Kampung Tengah yang tinggal di kawasan perumahan dan lot baru. Senarai kemaskini akan dimajukan kepada Pusat Khidmat DUN Layar untuk kelulusan lanjut.
MESYUARAT PENGURUSAN JKKK KAMPUNG TENGAH BETONG BIL.3/2024
Tarikh : 01 Mei 2024
Masa : 8.30 malam
Tempat : Surau Darul Dakwah
PENGURUSAN JKKK
-Pengguguran beberapa orang AJK serta digantikan dengan AJK baru.
PROGRAM
-Program Merami Rayau Aji Kampung Tengah akan diadakan di Dewan Serbaguna. Jemputan tetamu kehormat ialah YB Dato Gerald dan YB Dr Richard Rapu.
EKONOMI
-Permohonan Geran SejatiMADANI telah dikemukakan secara atas talian. Projek yang dimohon ialah Bengkel Jahitan Kain Burie. Projek lain yang dicadang untuk dimohon ialah Projek Pengurusan Sisa Mampan ( Besi terpakai ).


MESYUARAT PENGURUSAN JKKK KAMPUNG TENGAH BETONG BIL.2/2024
Tarikh : 15 April 2024
Masa : 8.30 malam
Tempat : Kediaman KK Kampung Tengah Betong
INFRA
-Sistem parit konkrit siap sepenuhnya. Kos projek RM150,000.000
-Projek parit rumah penduduk masih menunggu kelulusan MDB.
-Cadangan projek rumah JKKK masih menunggu proses pemutihan tanah daripada Pejabat Tanah dan Survei Bahagian Betong.
-Projek naik taraf sistem perparitan dan jalan di kawasan antara rumah Azman Yahya dan Abg Nurfuad masih peringkat cadangan awal.
-Baik pulih culvert/penutup besi di hadapan rumah Syahril akan dimajukan kepada MDB.
EKONOMI
-Permohonan Geran SejatiMADANI akan dikemukakan secara atas talian
BANTUAN
-PPRMS Fasa 1 siap sepenuhnya. Fasa kedua bermula April 2024.
-Permohonan eKasih bagi Parawansakti dan Saidah masih menunggu kelulusan
PROGRAM
-Program Merami Rayau Aji Kampung Tengah dicadang diadakan pada 18 Jun 2024. Konsep jamuan ialah potluck daripada penduduk.
TAHLIL SEMPENA KETIBAAN RAMADHAN 1445H PERINGKAT KAMPUNG TENGAH
09 Mac 2024 - Sebagaimana pada tahun sebelumnya, JKP Surau Darul Dakwah telah mengadakan sambutan Tahlil bersempena ketibaan bulan Ramadhan yang akan menjelang tidak berapa lama lagi. Aktiviti seperti ini diharap dapat merapatkan lagi tali silaturrahim penduduk Kampung Tengah Betong. Aktiviti dimulakan dengan solat berjemaah Asar, diikuti bacaan tahlil yang dipimpin oleh Encik Kon Sapawi Yahu selaku Imam Surau Darul Dakwah. Diakhir program, penduduk telah sama-sama menikmati juadah yang disediakan oleh penduduk sendiri.

KURSUS PADU UNTUK TUAI RUMAH DAN KETUA KAMPUNG DUN N.36 LAYAR
06 Mac 2024 - Objektif penganjuran kursus ini ialah bagi memberikan pendedahan kepada KMKK di kawasan DUN Layar mengenai tatacara pendaftaran PADU disamping ia akan memudahkan pihak KMKK serta JKKK memberikan penerangan kepada masyarakat di bawah seliaan peringkat masing-masing. Kursus ini dianjurkan oleh pihak Gerempung Tuai Rumah N.36 Layar dengan kerjasama Betong Digital Innovation Hub.
JELAJAH INTEGRITI SIRI 10 BIL.1/2024 DAERAH BETONG


SESI PENDAFTARAN DAN PENGEMASKINIAN SISTEM PANGKALAN DATA UTAMA ( PADU )
17 Februari 2024 – Pihak Jabatan Perangkaan Negeri Sarawak dengan Kerjasama erat JKKK Kampung Tengah Betong sekali lagi menjayakan sesi pendaftaran dan pengemaskinian PADU dengan sasaran kali ini ialah kepada orang awam di sekitar pasar lama Betong. Sesi pada kali ini Berjaya menarik minat ramai orang awam di sekitar pasar Betong dengan sambutan yang amat menggalakkan. Pihak JKKK Kampung Tengah Betong sentiasa terbuka terhadap mana-mana agensi yang ingin menjalinkan Kerjasama dalam pelbagai aktiviti demi kemajuan penduduk Kampung Tengah Betong.
PEMANTAUAN PROJEK SISTEM PERPARITAN DAN CULVERT KAMPUNG TENGAH BETONG BERSAMA DID BAHAGIAN BETONG
19 Februari 2024 – Sesi lawatan pemantauan perkembangan projek telah diadakan Bersama pihak DID Bahagian Betong. Antara objektif lawatan tersebut ialah bagi memastikan kerja-kerja naik taraf perparitan dan culvert dilaksana mengikut skop yang telah ditetapkan. Tumpuan utama pelaksanaan projek pada kali ini ialah di bahagian darat Kampung Tengah Betong memandangkan Kawasan tersebut masih belum dilengkapi dengan sistem perparitan yang sistematik. Pihak JKKK Kampung Tengah Betong sentiasa berusaha memastikan agar projek yang diterima oleh penduduk adalah berkualiti serta mendatangkan faedah kepada penduduk.


KULIAH SUBUH SURAU DARUL DAKWAH KAMPUNG TENGAH BETONG
22 Februari 2024 – Penduduk Kampung Tengah Betong berasa amat bertuah kerana telah dipilih sebagai lokasi aktiviti Kuliah Subuh yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Ardy Putera Bin Zainudin Pen. Pegawai Hal Ehwal Islam merangkap Pen. Imam Bahagian Miri. Turut hadir ialah Imam Muda Abe Syara @ Ustaz Haji Sharafuddin bin Suaut Pegawai Hal Ehwal Islam merangkap Imam Bahagian Miri, Ustaz Khairul Azha Bin Johni, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Bahagian Betong, barisan KMKK Kampung Melayu Betong, kariah surau-surau berdekatan serta penduduk Kampung Tengah Betong. Pihak JKP akan berusaha mengadakan majlis-majlis sebegini bagi memastikan budaya cintakan ilmu terus subur di kalangan penduduk Kampung Tengah Betong
SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ PERINGKAT KAMPUNG TENGAH BETONG TAHUN 2024
08 Februari 2024 – Sambutan memperingati peristiwa suci Israk Mikraj Peringkat Kampung Tengah Betong telah dilaksanakan dengan pengisian ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Khairul Azha Joni, Imam Bahagian Betong bertajuk “ Ibrah Israk Mikraj”.
Penceramah menyeru agar umat Islam dapat berusaha menjaga ibadah solat demi mencapai keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Pelbagai pengajaran boleh diperolehi daripada peristiwa suci Israk Mikraj serta dapat dijadikan panduan kepada kita. Diharapkan majlis ilmu sebegini dapat diadakan secara lebih kerap dalam memastikan budaya ilmu terus subur di kalangan penduduk Kampung Tengah Betong.


MESYUARAT PENGURUSAN JKP SURAU DARUL DAKWAH KAMPUNG TENGAH BILANGAN 1 TAHUN 2024
04 Februari 2024 - Mesyuarat Bil.1 Tahun 2024 JKP Surau Darul Dakwah telah diadakan dengan jayanya bertempat di tingkat bawah Surau Darul Dakwah. Pelbagai perancangan aktiviti dan cadangan permohonan projek naik taraf surau telah dibentangkan dalam mesyuarat tersebut. Pihak pengurusan telah memutuskan untuk membuat permohonan naik taraf daripada pelbagai agensi terbabit seperti pihak kerajaan negeri, Majlis Islam dan Lembaga Khairat dan Amanah Melayu Betong. Aktiviti pengimarahan surau juga terus diperkasa bagi menarik minat penduduk yang ingin mendalami ajaran Islam yang dibimbing oleh tenaga pengajar yang bertauliah.
MAJLIS PENYERAHAN ALAT PEMADAM API
06 Februari 2024 - Majlis disempurnakan oleh YB Dato Gerald Rentap Jabu serta turut dihadiri oleh YB Dr Richard Rapu, pegawai kanan bomba serta KMKK sekitar DUN Layar. YB Dato dalam ucapannya mengharapkan agar pengurusan rumah panjang dan kampung dapat menjalinkan kerjasama yang padu bersama pihak Bomba dalam memberi ilmu pencegahan kebakaran kepada masyarakat agar dapat bertindak selaku first responder sekiranya berlaku kes kebakaran di kawasan masing-masing. Pihak pengurusan Kampung Tengah Betong akan mengadakan perbincangan lanjut bagi menjayakan projek Penyediaan Ruang Penyimpanan Alat Pemadam Api serta Kursus Pencegahan Kebakaran Peringkat Kampung Tengah Betong dalam tahun 2024 ini.


PROGRAM SOLAT HAJAT ANAK-ANAK KAMPUNG TENGAH BETONG UJIAN SPM 2024
29 Januari 2024 - Pihak KRT Kampung Tengah dan JKP Surau Darul Dakwah Kampung Tengah Betong telah bekerjasama dalam menjayakan program Solat Hajat untuk Anak-anak Kampung Tengah Betong yang menduduki SPM 2024. Semoga anak-anak Kampung Tengah Betong terus maju jaya dalam mencapai kejayaan dan seterusnya membantu kemajuan kampung satu hari kelak.
MESYUARAT PENGURUSAN KRT KAMPUNG TENGAH BETONG BILANGAN 1 TAHUN 2024
27 Januari 2024 - Mesyuarat Pengurusan KRT Kampung Tengah Betong Bil.1 Tahun 2024 telah dilaksanakan dengan jayanya. Dalam mesyuarat tersebut, ahli jawatankuasa telah sebulat suara melantik beberapa orang sebagai pengerusi biro-biro di bawah KRT Kampung Tengah Betong. Pelbagai aktiviti dan perancangan tahun 2024 telah dibincang. Antara lainnya termasuklah jadual rondaan SRS, proses pertukaran pemegang amanah dan aktiviti KRT sepanjang tahun 2024. Pengerusi KRT mengharapkan agar semua AJK dapat melaksanakan amanah yang telah diberikan serta setiap tindakan hendaklah berpandukan Akta KRT Tahun 2012. Penduduk Kampung Tengah Betong yang ingin meninggalkan rumah dalam tempoh masa yang lama disaran untuk memaklumkan kepada Pengerusi KRT Kampung Tengah bagi urusan pemantauan serta rondaan.


AKTIVITI LATIHAN TARIAN KEBUDAYAAN BELIA KAMPUNG TENGAH BETONG
21 Januari 2024 - Biro Wanita Kampung Tengah Betong amat menggalakkan penglibatan belia dalam pelbagai aktiviti yang menyihatkan. Salah satunya ialah latihan tarian kebudayaan. Aktiviti seperti ini disamping dapat mengisi masa lapang belia, ia juga dapat melatih belia agar terlibat secara aktif dalam kegiatan kampung. Ia juga dapat menghindar belia daripada terlibat dengan aktiviti tidak bermoral terutamanya melibatkan belia wanita. JKKK Kampung Tengah dan Biro Wanita Kampung Tengah Betong sentiasa berusaha mengadakan pelbagai aktivii bagi memastikan masa lapang belia dapat diisi dengan aktiviti yang menyihatkan. Pihak kami amat mengalu-alukan sumbangan sama ada dari segi tenaga pengajar dan wang ringgit bagi tujuan kelancaran program ini.
MESYUARAT PEMBUBARAN AJK SESI 2022/2023 DAN PEMILIHAN AJK SESI 2024/2025 KAWASAN RUKUN TETANGGA (KRT) KAMPUNG TENGAH BETONG
20 Januari 2024 - Mesyuarat dihadiri oleh Encik Noor Hafifi bin Osman Naidin, Penolong Pegawai Perpaduan Bahagian Betong, KK Hj Abg Abd Manaf bin Abang Zaini serta penduduk kampung. Dalam mesyuarat tersebut, Encik Noor Hafifi telah menjelaskan secara terperinci berkaitan tatacara pengurusan KRT dan SRS.
Rukun Tetangga yang ditubuhkan pada tahun 1975 diiktiraf sebagai salah satu jentera perpaduan yang menyumbang kepada keharmonian, keselamatan dan kesejahteraan komuniti setempat yang menjadi tonggak dan penggerak kepada inisiatif membangun dan menyatupadukan komuniti di Malaysia khususnya di peringkat akar umbi. Peranan ini telah diperkasakan melalui Pelan Pemerkasaan Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga 2021-2030 yang merupakan inisiatif Kementerian Perpaduan Negara untuk menjadikan Rukun Tetangga sebagai entiti yang penting dan inklusif serta berupaya menyampaikan perkhidmatan yang cemerlang kepada komuniti.
Senarai Ahli Jawatankuasa KRT Kampung Tengah Betong bagi Sesi 2024/2025 adalah seperti berikut:
PENASIHAT : KK HAJI ABANG ABDUL MANAF BIN ABANG ZAINI
PENGERUSI : ABANG JAMADILHIR BIN ABANG MOSTAFA
TIMBALAN PENGERUSI : ABANG SULAIMAN BIN ABANG ZAINI
SETIAUSAHA : ABANG NURJAYADI BIN ABANG KUSHAIRI
PENOLONG SETIAUSAHA : SUZANA BINTI HAJI EDIT
BENDAHARI : SARIP BIN LIAM
JURU AUDIT DALAMAN : ABANG MOHD FHAZIL BIN HAJI ABG ABD MANAF
AHLI JAWATANKUASA
1.MOHD ABAS BIN HUSSIN
2.MOHD ASRUL BIN AHIM
3.SYAHRIL BIN SHAMSUDDIN
4.MAZLAN BIN HAJI RASHID
5.DAYANG MISSIAH BINTI AWANG WAILI
6.NORLIDA BINTI ABANG
7.RABAYAH BINTI MOS
8.ABANG JOHARRUSYDAN BIN ABANG ROBIL
9.MAZUKI BIN MADAUD
10.MUHAMMAD FAZLI BIN RAZALI LIM
11.AWANG MOHD SYAHMI BIN AWANG IBRAHIM
12.KHARUL AMIRIN BIN IMPINDI
- IKHMAH BINTI TURKI
- NUR KHALIFAH


PERJUMPAAN MEJA BULAT BAGI KAWASAN SUNGAI SELETA/NANGA BAN BERSAMA LAND AND SURVEY BAHAGIAN BETONG BERHUBUNG
18 Januari 2024 - JK Pengurusan Kampung Melayu Ban telah dijemput hadir ke sesi meja bulat bagi kawasan Sungai Seleta / Nanga Ban. Tujuan perjumpaan ialah bagi memaklumkan kepada pihak yang terlibat berhubung Pengukuran Perimeter di bawah Seksyen 6 KTN. Perjumpaan dipengerusikan oleh Puan Catherine Uno ak Sebastian Janting, Tim.Penguasa Tanah dan Survei Bahagian Betong serta dihadiri oleh pegawai Land and Survey Bahagian Betong, ahli-ahli jawatankuasa Pengurusan Kampung Melayu Ban serta Penghulu Abang Suhailie bin Abang Pay. Wakil komuniti iban tidak dapat hadir atas urusan kecemasan di IJN Kota Samarahan.
Rumusan perjumpaan:
Hasil siasatan pihak Land and Survey Bahagian Betong berhubung isu tuntutan bertindih di kawasan penempatan melayu Ban mendapati pihak penuntut tidak dapat mengemukakan bukti sokongan berhubung tuntutan mereka. Pihak L & S Bahagian Betong memberi nasihat kepada pihak penuntut terlibat agar menggugurkan tuntutan tersebut serta perlu mengemukakan surat pengguguran tuntutan kepada pihak L & S Bahagian Betong. Pihak L & S Bahagian Betong seterusnya menasihatkan kepada pihak JK Pengurusan Kampung Melayu Ban agar dapat mengemukakan Permohonan Pengukuran Perimeter di bawah Seksyen 6 KTN agar ia dapat diwartakan atas nama komuniti melayu yang terlibat.
SESI PENDAFTARAN DAN PENGEMASKINIAN MAKLUMAT KE DALAM SISTEM PADU
18 Januari 2024 - JKKK Kampung Tengah Betong dengan kerjasama Jabatan Perangkaan Malaysia Sarawak telah mengadakan sesi pendaftaran dan pengemaskinian data penduduk ke dalam sistem Pangkalan Data Utama ( PADU ) bertempat di tingkat bawah Surau Darul Dakwah, Kampung Tengah Betong. Objektif utama program ini dilaksanakan ialah bagi memberi kesedaran kepada penduduk kampung kepentingan mengemaskini maklumat ke dalam sistem PADU. Puan Dayang Rozana binti Abang Hassan, Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Sarawak menyeru agar penduduk kampung tidak melepaskan peluang bagi mendaftar maklumat diri dan keluarga ke dalam sistem PADU ini agar tidak ketinggalan dalam menerima manfaat yang akan disalurkan oleh kerajaan pada masa akan datang.
Sambutan amat menggalakkan telah diterima apabila hampir 100 lebih orang penduduk telah mendaftar diri melalui kaunter bantuan yang disediakan oleh pihak DOSM Sarawak. Bagi penduduk yang tidak sempat mendaftar adalah dinasihatkan untuk bekunjung ke Pusat Ekonomi Digital (PeDI) Kampung Baru Hulu Betong bermula jam 8 hingga 5.00 petang mulai 18 hingga 22 Januari 2024.


PEMANTAUAN KERJA-KERJA CLEARING SISTEM PERPARITAN KAMPUNG TENGAH BETONG
16 Januari 2024 - pihak JKKK Kampung Tengah Betong sentiasa berusaha memastikan setiap projek yang diterima oleh penduduk kampung adalah berkualiti dan dilaksanakan dengan penuh ketelusan. Dalam hal ini, pihak JKKK telah membuat pemantauan dan pemeriksaan teliti berhubung projek clearing sistem perparitan di kawasan darat Kampung Tengah Betong. Pihak JKKK akan memastikan setiap projek dipantau serta dipastikan memberi manfaat yang sepatutnya kepada penerima projek. Sebarang aduan atau maklum balas, sila hubungi KK Hj Abg Abd Manaf untuk tindakan selanjutnya.
MESYUARAT PENGURUSAN JKKK KAMPUNG TENGAH BETONG BILANGAN 1 TAHUN 2024
14 Januari 2024 - Mesyuarat Pengurusan JKKK Kampung Tengah Betong Bilangan 1 Tahun 2024 telah diadakan dengan jayanya. Mesyuarat membincangkan beberapa program dan perancangan projek pembangunan bagi tahun 2024. KK Haji Abg Abd Manaf, KK Kampung Tengah Betong menyeru agar semua AJK dapat memainkan peranan yang lebih aktif serta berani bersuara bagi mengutarakan pandangan demi kemajuan Kampung Tengah Betong. Dalam mesyuarat tersebut, ahli sebulat suara mengariskan beberapa perkara yang perlu diusahakan seperti berikut:
-Projek perusahaan ikan keli dan kelulut ( Ekonomi )
-Program Desa Hijau Siri 2; ( Sosial dan Pendidikan )
-Program Kelas Hadrah dan Kompang;( Sosial dan Pendidikan )
-Kelas Tarian Kebudayaan Belia Kampung Tengah Betong.( Sosial dan Pendidikan )
-Insentif anak Kampung Tengah Masuk IPTA( Sosial dan Pendidikan )
- Projek Bina Baharu Rumah JKKK; ( Pembangunan )
-Projek Bina Baharu/Naik Taraf sistem perparitan rumah penduduk.( Pembangunan )
-Projek Naik Taraf sistem perparitan utama Kampung Tengah Betong.( Pembangunan )
-Projek Baik Pulih/Naik Taraf jalan rumah ke rumah penduduk.( Pembangunan )
-Projek Ruang Info/Papan Kenyataan Kampung Tengah Betong.( Pembangunan )


SESI DIALOG KMKK KAMPUNG MELAYU BETONG BERSAMA YB DATO GERALD RENTAP JABU
11 Januari 2024 - Sesi Dialog Khas KMKK Kampung Melayu Betong bersama YB Dato Gerald Rentap Jabu telah diadakan bertempat di Pusat Khidmat DUN Layar. Sesi dialog bertujuan untuk membincangkan beberapa isu serta kepentingan terutamanya yang melibatkan kepentingan penduduk di Kampung Melayu Betong. Sesi dialog tersebut dipengerusikan oleh YB Dato serta dihadiri oleh Cr.Horace, Cr Abd Rahim Jaini, Penghulu Abg Suhailie serta semua KK Kampung Melayu Betong. Antara isu yang dibincangkan ialah isu bekalan elektrik di kawasan Lot, naik taraf sistem perpaipan, projek pembinaan dewan Kampung Melayu Betong serta beberapa isu lain.
TAKLIMAT SETIAUSAHA JKKK DUN N.36 LAYAR TAHUN 2024 ANJURAN PEJABAT DAERAH BETONG
10 Januari 2024 - Pejabat Daerah Betong telah menganjurkan satu taklimat bersama semua Setiausaha JKKK di bawah DUN N.36 Layar bertempat di Dewan Layar, Pejabat Daerah Betong. Taklimat dikendalikan oleh SAO Christina ak Peter antara lain mengingatkan kepada semua setiausaha agar memastikan peranan dan tanggungjawab setiausaha sebagai watak utama dalam menggerakkan sesebuah JKKK terus diperkasa. Beliau turut menyeru agar setiausaha dapat berfungsi sebagai pembantu kepada KK/TR di bawah bidang kawasan masing-masing. Semua setiausaha juga dimohon memastikan setiap penghantaran data dan minit mesyuarat serta laporan dapat dibuat mengikut garis masa yang telah ditetapkan oleh pihak Pejabat Daerah Betong. Dalam sesi taklimat tersebut, beberapa orang setiausaha daripada JKKK kawasan DUN Layar telah menerima sijil cemerlang di atas pencapaian serta komitmen yang telah ditunjukkan sepanjang tahun 2023 yang lalu. Bagi kawasan Kampung Melayu Betong, dirakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Encik Senie bin Endin, Setiausaha JKKK Kampung Baru Hilir di atas penganugerahan Setiausaha JKKK Cemerlang bagi Tahun 2023. Semoga pengiktirafan ini akan menjadi pembakar semangat kepada setiausaha JKKK di kawasan Kampung Melayu Betong agar memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang pada masa-masa akan datang.

TAKLIMAT BERSAMA KETUA KAUM DAERAH BETONG BILANGAN 2 TAHUN 2023
06 Disember 2023 - Semua Ketua Kampung melayu Betong berasa amat bertuah kerana diberi peluang menyertai sesi perkongsian ilmu kepimpinan organisasi dan pengurusan JKKK yang disampaikan oleh SAO Christina ak Peter semasa taklimat berlangsung. Diharapkan sesi taklimat seperti ini dapat dipanjangkan kepada setiausaha dan bendahari yang merupakan antara tonggak kekuatan JKKK . Diharapkan agar masyarakat melayu sentiasa kekal bersatu padu demi kekuatan ummah.
PELANCARAN BIRO WANITA KAMPUNG TENGAH BETONG
08 Nov 2023 - Matlamat penubuhan Biro Wanita Kampung Tengah Betong adalah menggalakkan budaya bermasyarakat yang positif dan sihat dengan penyatuan pelbagai latar belakang penduduk. Disamping itu, Biro Wanita Kampung Tengah Betong ingin mencapai beberapa objektif seperti berikut:
-Memberikan peluang kepada golongan wanita memberi sumbangan bermakna dalam memacu kemajuan komuniti.
-Memberi pelbagai input daripada agensi berkaitan kepada golongan wanita dalam memajukan diri dan keluarga.
-Merapatkan tali silaturrahim di kalangan penduduk.
Pelancaran rasmi Biro Wanita Kampung Tengah Betong telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datin Rosemarie Wong yang juga merupakan penaung kepada Biro Wanita Kampung Tengah Betong. Yang berbahagia Datin dalam ucapan perasmiannya mengharapkan peranan lebih cergas serta kreatif amat ditagih bagi memastikan Biro Wanita kekal relevan di peringkat komuniti akar umbi. Beliau amat mengharapkan golongan belia tidak mengira jantina turut sama membantu menggerakkan peranan Biro Wanita di peringkat kampung.
Dalam majlis tersebut, demo masakan pulut panggang dan demo solekan asas turut diadakan sebagai pengisian program. Hadir sama pada majlis tersebut ialah Cik Melissa daripada Agrocraft Betong, Penghulu Abg Suhailie bin Abg Pay, semua KK Kampung Melayu Betong, barisan NGO Kampung Melayu Betong serta perwakilan daripada Biro Wanita Rian Batang.




TAKLIMAT PENGURUSAN JKKK BERSAMA PENGERUSI DAN SETIAUSAHA JKKK DUN.N.36 LAYAR
03 Oktober 2023 - Pejabat Daerah Betong telah mengadakan sesi taklimat khas berkaitan tatacara pengurusan pelantikan AJK JKKK serta prosedur yang betul berkenaan tuntutan elaun kehadiran mesyuarat JKKK. SAO Christina dalam amanatnya amat mengharapkan agar semua JKKK di kawasan DUN Layar dapat bergerak aktif serta mematuhi tatacara pengurusan JKKK yang betul bagi mengelak sebarang permasalahan di kemudian hari. Beliau mengharapkan agar pengerusi JKKK dapat memilih pasukan JKKK yang dapat bekerjasama secara aktif dan berterusan demi memacu kemajuan di kawasan masing-masing.
CERAMAH AGAMA BERSEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT KAMPUNG TENGAH BETONG
03 Oktober 2023 - Pihak JKP Surau Darul Dakwah Kampung Tengah Betong telah mengadakan majlis Ceramah Agama bersempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kampung Tengah Betong. Ceramah bertajuk Sunnah Nabi Dalam Kehidupan telah disampaikan oleh Yang Berbahagia al-fadhil Ustaz Zulhazmi bin Bohari, Ketua Bahagian Tabung Baitulmal Sarawak Bahagian Betong, Yang Berbahagia Ustaz dalam ceramahnya mengingatkan para jamaah agar sentiasa berpegang teguh dengan ajaran Islam sejati serta sentiasa bersatu hati demi kekuatan ummah. Majlis ini turut dihadiri oleh Penghulu Abang Suhailie bin Abang Pay serta barisan Ketua-ketua Kampung Melayu Betong.


PENYERTAAN BELIA KAMPUNG TENGAH BETONG KE PERTANDINGAN FUTSAL MAULIDUR RASUL ANJURAN JKKK KAMPUNG BARU HILIR BETONG
01 Oktober 2023 - Pengurusan Kampung Tengah Betong merakamkan setinggi-tinggi tahniah di atas pencapaian Belia Kampung Tengah Betong selaku Naib Juara dalam Pertandingan Futsal Maulidur Rasul anjuran JKKK Kampung Baru Hilir Betong. Pihak pengurusan amat menggalakkan aktiviti sihat dan cergas seperti ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang. Diharap semua pihak dapat bersama-sama JKKK Kampung Tengah Betong terus istiqamah dalam usaha membentuk belia bebas daripada unsur najis dadah. Belia merupakan golongan muda yang mudah terpengaruh dengan pelbagai unsur. Ia bergantung kepada kebijaksanaan komuniti setempat dalam merangka pelbagai kegiatan sihat yang boleh mengelak para belia terlibat dengan anasir-anasir negatif. Pihak Pengurusan Kampung Tengah Betong turut merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak JKKK Kampung Baru Hilir yang buat julung kalinya mengadakan aktiviti seperti ini. Diharapkan NGO yang terdapat di Kampung Tengah Betong dapat mencontohi usaha murni daripada pihak penganjur yang memberi keutamaan kepada minat para belia. Kalah menang adalah adat permainan namun objektif penyatuan ummah melalui aktiviti sihat tetap menjadi keutamaan.
MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA MAJLIS PERASMIAN BIRO WANITA KAMPUNG TENGAH BETONG
19 September 2023 - Mesyuarat melibatkan penyertaan daripada Biro Wanita dan JKKK Kampung Tengah Betong. Mesyuarat turut dihadiri oleh Puan Dayang Madinah bt Abang Yaman selaku wakil KEMAS Bahagian Betong. Beliau dalam amanatnya mengharapkan agar golongan wanita tidak ketinggalan dalam membantu meningkatkan ekonomi keluarga. Golongan wanita amat memainkan peranan besar dalam menentukan hala tuju masa depan keluarga serta komuniti amnya.
Dalam mesyuarat tersebut, beberapa aktiviti seperti demo masakan kelupis. demo asas dandanan diri serta perasmian Biro Wanita Kampung Tengah telah dicadang untuk dilaksanakan. Diharapkan dengan tertubuhnya Biro Wanita ini maka kaum wanita dapat memainkan peranan yang aktif demi mencapai matlamat Kampung Tengah Betong yang maju serta saling bersatu padu.


PENYERTAAN KAMPUNG TENGAH BETONG KE PERTANDINGAN SEPANDUK MAULIDUR RASUL PERINGKAT DAERAH BETONG TAHUN 2023
30 September 2023 - Pada tahun ini Kampung Tengah Betong melalui JKP Surau Darul Dakwah telah menghantar penyertaan Pertandingan Sepanduk sempena Sambutan Maulidur Rasul 1445H Peringkat Daerah Betong. Pihak pengurusan Kampung Tengah berasa amat berbangga kerana penglibatan daripada penduduk terutamanya daripada golongan wanita dan belia amatlah memberangsangkan. walaupun penyertaan pada kali ini Kampung Tengah Betong hanya mendapat saguhati, namun ia tetap memberi satu kepuasan kerana ia telah menghimpunkan para belia dalam menjayakan aktiviti kampung. Diharapkan kerjasama seperti ini dapat diteruskan untuk pelbagai aktiviti kampung pada masa-masa akan datang.

SEKITAR PROGRAM BERAMI RAYAU AJI KAMPUNG TENGAH BETONG pada 29 Jun 2023
Jurugambar : Abang Ramidzee bin Abg Sulaiman

PROGRAM IBADAH QURBAN KAMPUNG TENGAH BETONG 2023
30 Jun 2023-Selesai sudah Program Ibadah Qurban Surau Darul Dakwah Kampung Tengah Betong...melibatkan 14 orang peserta, aktiviti ini dilaksanakan secara gotong royong bersama penduduk Kampung Tengah Betong.Terima kasih ustaz Rozaimi bertindak selaku pembimbing kepada kami dalam melaksanakan Ibadah Qurban pada kali ini.Terima kasih juga kepada semua peserta yang terdiri daripada;
DAYANG PANDAK BT ABG MOHD
DAYANG IJAH BT ABG MOHD
SAPUAN BIN ABU
HABIBAH BT SAHMAT
ABG BUJANG BIN ABG MAHDI
JERIAH HJ RASHID
DAYANG SENTILA BT ABG MOHD
JASMIN BINTI MOHD RAJUNA
MUHD NURAZRUL
ONG ALI
NURUL SHAFIQAH BINTI SARIP
MOHD FAZRIN BIN ONG ALI
ABD RAZAK BIN KIFLI
SITI SAPTUYAH BT HUSSIN
Atas kepercayaan kepada JKP Surau Darul Dakwah dalam mengendalikan urusan ibadah qurban.
Penyembelih : Kon @ Sapawi bin Yahu
Pelapah :
- Abg Shamsawi bin Abg Abdillah
- Madzlan bin Rashid
- Azika bin Kamar
- Mohd Asrul bin Ahim
- Syahril bin Shamsuddin
- Ismail bin Jaya
- Jopli bin Mos
- Ismail bin Yahya
- Abg Jamadilhir bin Abg Mostafa
- Mohd Najib bin Hussein
- Mohd Razi bin Abd Samad
- Salleh bin Abu
Tukang masak
- Dyg Missiah bt Abg Willie
- Jelia binti Hashim
- Dyg Julia binti Abg Zaini
- Rosita binti Hj Rajuna
- Mariam bt Hj Edit
- Suzana binti Hj Edit
- Hajijah binti Sait
- Ebik Binti Sait
- Dayang Ijah
Tukang edar daging ke rumah penduduk:
- Khaizul Aiman bin Impindi
- Abg Rushdan bin Abg Robil
Senarai agihan : 77 orang ( 1kg setiap agihan ) di Kampung Tengah Betong
PROGRAM BERAMI RAYAU AJI KAMPUNG TENGAH BETONG ERATKAN SILATURRAHIM PENDUDUK
29 Jun 2023-Pihak JKKK Kampung Tengah, JKP Surau Darul Dakwah dan PPWS Kampung Tengah merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua penduduk Kampung Tengah diatas sokongan padu yang telah ditunjukkan dalam memastikan kejayaan program Berami Rayau Aji Kampung Tengah Betong dapat dilaksanakan dengan penuh meriah dan bermakna.
Program yang julung kali diadakan ini telah menggabungkan 3 NGO utama di Kampung Tengah Betong. Pendekatan seperti ini telah membuktikan bahawa penduduk Kampung Tengah ingin bersatu padu demi mencapai matlamat kemajuan kampung. Sikap berpuak-puak hendaklah dibuang jauh serta sentiasa amalkan sikap terbuka dalam menerima sebarang pendapat serta teguran demi kebaikan bersama. Dengan jumlah penduduk hampir 400 orang, kita mampu bergerak sebagai satu suara bagi memperjuangkan pelbagai kepentingan orang melayu.Segala usaha pembangunan tidak akan memberikan sebarang makna sekiranya tiada sokongan padu daripada penduduk.
Kita merancang untuk meneruskan program ini pada masa-masa akan datang. Hari Raya Haji merupakan masa yang sesuai di mana penduduk kurang sibuk pada waktu itu. Kita akan berusaha mengekalkan konsep Dulang atau jamuan disediakan oleh penduduk sendiri.
Tetamu kehormat : YB Dato Gerald Rentap Jabu
Tetamu VVIP:
- Tn Haji Mahra bin Salleh, Tim.Residen Betong
- Tuan Morris, Supritendant Pejabat Tanah dan Survei Betong
- Penghulu Abg Suhailie bin Abg Pay
- Horace ak Entoi
- Cr Abd Rahim bin Jaini
- KK Abg Dahlan bin Abg Sulaiman
- Ustaz Annuar, Tim.Pegawai Agama Islam Betong
- SAO Jamaain, Pejabat Daerah Betong


AKTIVITI PENYEMBELIHAN DAN MELAPAH DAGING LEMBU SUMBANGAN YB DATO GERALD RENTAP JABU SEMPENA HARI RAYA AIDIL ADHA 2023
28 Jun 2023-Pihak JKKK telah mengadakan aktiviti penyembelihan dan pengagihan daging lembu sumbangan daripada YB Dato Gerald Rentap Jabu. Sebagaimana kebiasaan menjelang sambutan Hari Raya Aidil Adha, pihak YB Dato akan membuat agihan lembu kepada semua kampung melayu di Betong.
Bagi aktiviti pada tahun ini, pihak JKKK Kampung Tengah Betong berasa amat bertuah kerana telah dikunjungi sendiri oleh YB Dato semasa proses melapah daging sedang dilaksanakan. Kunjungan tersebut sedikit sebanyak telah memberikan semangat kepada JKKK Kampung Tengah Betong untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada penduduk.
Agihan pada tahun ini adalah sebanyak 104kg ( isi daging ) . Kesemua ketua keluarga di Kampung Tengah telah diagihkan sebanyak 1kg setiap agihan.
LAWATAN TAPAK CADANGAN PROJEK DANA PERMOHONAN TAMBAHAN ATAU LEWAT ( ALAF ) KAMPUNG MELAYU BETONG
23 Jun 2023 - Pihak Sarawak Energy Berhad telah melantik pihak Sarahill Consulting Sdn Bhd bagi mendapatkan jumlah sebenar rumah penduduk yang belum disambungkan dengan bekalan elektrik terutamanya di kawasan Kampung Melayu Betong. Pihak konsultan terlibat telah membuat lawatan di beberapa buah rumah penduduk bagi mendapatkan data sebenar untuk dimajukan kepada pihak Kementerian Utiliti Negeri Sarawak. Hasil bancian berjaya mengenalpasti serta mengumpul hampir 30 permohonan penyambungan bekalan elektrik ke rumah-rumah penduduk.


LAWATAN TAPAK CADANGAN PROJEK NAIK TARAF DAN BINA BAHARU SISTEM PERPARITAN KAMPUNG MELAYU BETONG DENGAN KOS RM 150,000.00
22 Jun 2023 - Pihak Pejabat Daerah Betong telah meluluskan projek Naik Taraf dan Bina Baharu Sistem Perparitan di Kampung Melayu Betong dengan kos bernilai RM 150,000.00. Agensi pelaksana projek telah diamanahkan kepada Pejabat Pengairan Dan Saliran Bahagian Betong. Lawatan pihak DID Betong bersama Penghulu Abang Suhailie serta barisan KK Kampung Melayu Betong telah mengenalpasti beberapa kawasan yang perlu dinaik taraf sistem perparitannya. Diharapkan dengan terlaksananya projek ini, ia akan memberikan keselesaan kepada penduduk di samping membantu ke arah kawasan Kampung Melayu Betong yang bersih, indah dan selamat.
PELAKSANAAN PROJEK BEKALAN ELEKTRIK DENGAN KOS RM 496,000.00 DI KAMPUNG MELAYU LOT BAHARU, BETONG
21 Jun 2023 - Setelah menunggu hampir 10 tahun, kini penduduk di Kampung Lot Baru boleh menarik nafas lega apabila Kerajaan Negeri Sarawak melalui Sarawak Energy Berhad telah meluluskan projek penyambungan bekalan elektrik dengan kos bernilai RM 496,000.00 di kawasan terlibat. Sebanyak lebih 40 buah batang tiang elektrik telah mula dipasang di kawasan Kampung Lot. Dengan siapnya projek itu nanti, ia akan memberi manfaat kepada hampir 30 buah rumah yang berada di kawasan tersebut. Sebelum pelaksanaan projek pihak Majlis Daerah Betong melalui Kaunselor Abd Rahim bin Hj Jaini telah membuat lawatan ke tapak projek bagi memastikan perjalanan projek dilaksanakan selaras dengan spesifikasi pihak majlis. Atas kesempatan ini, pihak kita merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih terutamanya kepada YB Dato Gerald Rentap Jabu, ADUN N.36 Layar atas sokongan penuh Yang Berhormat Dato sehingga merealisasikan impian penduduk Lot. Pihak kami turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Musa bin Hashim selaku wakil Sarawak Energy Berhad Betong atas usaha tidak berbelah bahagi beliau yang banyak membantu menyediakan kertas kerja di peringkat SEB sehingga menjadikan projek ini sebagai satu kenyataan. Akhir sekali terima kasih dirakamkan kepada Penghulu Abang Suhailie, Kaunselor Abd Rahim, KK Hj Abg Abd Manaf bin Abg Zaini, KK Rokiah binti Mahmud, KK Segara bin Dulkari, KK Kamar bin Lugom, KK Abg Dahlan bin Abg Sulaiman dan KK Abd Samad yang telah memulakan langkah perjuangan ini. Terima kasih semua...


MESYUARAT PERTAMA JAWATANKUASA PENGELOLA PROGRAM BERAMI RAYAU AJI KAMPUNG TENGAH BETONG 2023
18 Jun 2023 - Program Berami Rayau Aji Kampung Tengah Betong 2023 dicadang pelaksanaannya pada Hari Raya Pertama Aidil Adha. Program julung-julung kali diadakan ini merupakan kerjasama antara JKKK Kampung Tengah, JKP Surau Darul Dakwah, KRT Kampung Tengah, Persatuan Penduduk Kampung Melayu dan PPWS Kampung Tengah Betong. Dengan berkonsepkan jamuan dulang yang akan disediakan oleh penduduk serta gerai-gerai jamuan yang disediakan oleh NGO terlibat, aktiviti ini diharap dapat menarik penyertaan menyeluruh penduduk Kampung Tengah Betong. Dicadangkan agar perjumpaan melibatkan semua NGO dapat diteruskan bagi membincangkan pelbagai agenda pembangunan demi kemajuan penduduk Kampung Tengah Betong. KK Hj Abang Abdul Manaf dalam amanatnya amat mengharapkan agar semua NGO dapat bersama-sama JKKK menguruskan Kampung Tengah dengan lebih sistematik. Tanpa sokongan menyeluruh, maka amat sukarlah ketua masyarakat menjayakan pelbagai agenda kemajuan di peringkat akar umbi. NGO yang terlibat adalah seperti berikut:
1.JKKK Kampung Tengah Betong ( Pengerusi : KK Hj Abg Abd Manaf )
2.JKP Surau Darul Dakwah ( Pengerusi : Abg Shafie bin Abg Morni )
3.KRT Kampung Tengah ( Pengerusi : Mohd Abas bin Hussin )
4.PPWS Kampung Tengah ( Pengerusi : Rogayah binti Abang )
5.Persatuan Penduduk Kampung Melayu Betong ( Pengerusi : Abg Nurfuad bin Abang Nurol )
TAKLIMAT BERSAMA PESERTA PROGRAM IBADAH QURBAN KAMPUNG TENGAH BETONG TAHUN 2023
17 Jun 2023 - Taklimat bersama semua peserta Program Ibadah Qurban Kampung Tengah Betong telah diadakan dengan jayanya bertempat di tingkat bawah Surau Darul Dakwah. Taklimat bertujuan untuk menjelaskan perjalanan program ibadah serta beberapa perkara lain yang akan dilaksanakan oleh pihak penganjur. Program akan dilaksanakan pada Hari Raya Kedua di mana semua peserta dan petugas akan berkumpul seawal jam 7 pagi diperkarangan Surau Darul Dakwah sebelum bergerak ke Tui untuk proses penyembelihan. Dalam sesi taklimat tersebut juga turut diadakan Majlis Akad Penyerahan Tanggungjawab oleh peserta kepada pihak penganjur dalam menguruskan agihan daging lembu. Pihak penganjur sentiasa berusaha menambah baik ibadah ini agar ia benar-benar memenuhi syarak yang telah ditetapkan dalam Islam. Senarai peserta Program Ibadah Qurban pada Tahun 2023 adalah seperti senarai di bawah;
1. Jasmin bin Hj Rajuna
2. Muhamad Norazrul bin Inai
3. Sapuan bin Abu
4. Habibah binti Sahmat
5. Nurul Shafiqah binti Sarip
6. Abdul Razak bin Kifli
7. Siti Saptuyah binti Hussin
8. Abang Bujang bin Abang Mahdi
9. Jariah binti Hj Rashid
10.Dyg Hjh Ijot
11. Dyg Hjh Pandak
12.Ong Ali @ Ali bin Ana
13. Dyg Sentila
14. Mohd Fazrin bin Ong Ali


MESYUARAT PENGURUSAN JKP SURAU DARUL DAKWAH BILANGAN 2 TAHUN 2023
16 Jun 2023 - JKP Surau Darul Dakwah Kampung Tengah Betong telah mengadakan mesyuarat pengurusan Bilangan 2. Mesyuarat telah membincangkan beberapa perkara penting seperti aktiviti pengimarahan surau,perancangan naik taraf beberapa bahagian surau serta penyelarasan aktiviti ibadah qurban tahun 2023. Dalam mesyuarat ini juga pihak JKP mengalu-alukan penyertaan Encik Jana bin Abu sebagai AJK baru JKP Surau Darul Dakwah. Beberapa cadangan skop kerja dalam projek naik taraf Surau Darul Dakwah adalah seperti berikut;
- -Pembinaan tempat wuduk di tingkat atas
- -Naik taraf tandas surau
- -Pemasangan tile jenis outdoor di kawasan yang belum di pasang tile
- -Naik taraf stor
- -Naik taraf tile di tingkat bawah surau
Disamping projek pembangunan fizikal, pihak JKP juga merancang program pembangunan modal insan bagi memantapkan jiwa muslim kepada penduduk di Kampung Tengah Betong. Antara aktiviti yang dicadangkan ialah PROGRAM CINTA RASUL PERINGKAT KAMPUNG TENGAH dan PERTANDINGAN MUSABAQAH VETERAN KAMPUNG TENGAH BETONG. Semoga setiap perancangan ini dipermudahkan.
KHATAMAL AL-QURAN DAN MAJLIS BERBUKA PUASA PERINGKAT KAMPUNG TENGAH BETONG
17 April 2023 - JKP Surau Darul Dakwah Kampung Tengah Betong telah mengadakan Majlis Khatamal Al-Quran Peringkat Kampung Tengah Betong. Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa selamat serta solat berjemaah Maghrib bersama kariah surau. Pada tahun ini seramai 15 orang peserta tadarus telah berjaya menyelesaikan bacaan Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan pada tahun ini. Majlis berbuka puasa turut diadakan bagi mengeratkan tali silaturrahim sesama penduduk Kampung Tengah Betong.


SUMBANGAN BANTUAN DARIPADA ZHE ZHONG KOR
14 April 2023 - Persatuan Zhe Zhong Kor telah meneruskan tradisi pemberian sumbangan bantuan kepada penduduk di Kampung Melayu Betong bersempena Perayaan Hari Raya Aidil Fitri yang akan menjelang tidak berapa lama lagi. Dalam majlis tersebut, YB Dato Gerald Rentap turut menyampaikan cek geran MRP berjumlah RM10 ribu masing-masingnya kepada JKKK Kampung Tengah Betong dan JKP Surau Darul Dakwah Kampung Tengah Betong. Senarai penerima bantuan sumbangan daripada Kampung Tengah Betong adalah seperti berikut;
1.MADAUD B DRAMAN
2.ABG MOHD SHAMSWIEE B ABG MOSLINI
3.DYG FATIMAH BT ABG SAMEE
4.ABG FAIZUL B ABG AHMAD
5.MIOR RADZI B SAPAWI
6.ABDUL RAHMAN B ISMAIL
7.ALI B MUS
8.SAPIAH BT HJ RAJUNA
9.BALKIS BT ABU TALIP
10.ABG JAMADILHIR BIN ABANG MOSTAFA
PROGRAM IFTAR RAMADHAN KAMPUNG MELAYU BETONG ANJURAN JAWATANKUASA KEBAJIKAN KAMPUNG MELAYU BETONG
06 April 2023 - Jawatankuasa Kebajikan Kampung Melayu Betong telah mengadakan program Iftar Ramadhan Kampung Melayu Betong Tahun 2023 bertempat di Dewan Al-Husna, Masjid Jamek Betong. Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato Gerald Rentap Jabu, ADUN N.36 Layar serta turut dihadiri oleh YB Dr.Richard Rapu, Ahli Parlimen P.204 Betong. Dalam majlis tersebut, YB Dato merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penduduk Kampung Melayu Betong atas sokongan dan kepercayaan kepada beliau dan YB Dr Richard sebagai mewakili suara orang melayu di Betong. Beliau berharap agar sokongan dapat dipertingkatkan lagi bagi memudahkan agenda pembangunan dilaksanakan dengan lebih giat terutamanya di kawasan Kampung Melayu Betong.
Dalam majlis tersebut, YB Dato turut mengumumkan dana peruntukan berjumlah RM30 ribu kepada JK Kebajikan Kampung Melayu Betong bagi melaksanakan pelbagai aktiviti. YB Dr Richard turut menyampaikan dana berjumlah RM3 ribu kepada setiap JKP Surau di kawasan Kampung Melayu Betong. Untuk makluman, seramai 42 orang penduduk telah menerima sumbangan bantuan tunai daripada Jawatankuasa Kebajikan Kampung Melayu Betong pada tahun ini.





KERJA-KERJA PEMASANGAN TIANG BEKALAN ELEKTRIK DI PENEMPATAN MELAYU BAN.
28 Mac 2023 - Pihak kontraktor SEB telah memulakan kerja-kerja pemasangan tiang bekalan elektrik di penempatan Melayu Ban. Projek bernilai RM2 juta apabila siap kelak akan memberi manfaat kepada lebih 200 orang penduduk yang terlibat dengan projek tersebut. Untuk makluman, penempatan Melayu Ban ini mula diteroka seawal tahun 60-an dengan projek pertama yang dilaksana ialah projek tanaman kelapa. Pada tahun 2020, pihak IADA Kalaka-Saribas telah bersetuju melaksanakan projek tanaman buah-buahan dengan kos projek bernilai RM1 juta di penempatan Melayu Ban. Pihak pengurusan Melayu Ban mengharapkan agar penempatan ini dapat dinaiktaraf sebagai sebuah kampung baru pada masa-masa akan datang.
KUNJUNG HORMAT PENGHULU ABG SUHAILIE DAN KK HJ ABG ABD MANAF KE PUSAT KHIDMAT DUN BUKIT SABAN DAN DUN SARIBAS
27 Mac 2023 - Penghulu Abang Suhailie bin Abang Pay bersama KK Hj Abg Abd Manaf telah mengadakan kunjung hormat ke Pusat Khidmat DUN Bukit Saban dan DUN Saribas. Lawatan tersebut diadakan bertujuan untuk merapatkan tali silaturrahim disamping menyampaikan surat jemputan rasmi YB ke Majlis Ramah Tamah Aidil Fitri Kampung Melayu Betong yang akan diadakan pada 26 April 2023 kelak.









KUNJUNG MESRA YB DATO KE BAZAR RAMADHAN BETONG
25 Mac 2023 - Pengunjung Bazar Ramadhan Betong telah dikejutkan dengan kehadiran YB Dato Gerald Rentap Jabu dan rombongan. YB Dato sempat beramah mesra dengan pengunjung dan peniaga Bazar Ramadhan. Sesungguhnya kehadiran YB Dato telah memberi satu suntikan semangat kepada para peniaga bazar ramadhan yang keletihan berniaga. YB Dato juga telah membeli beberapa juadah untuk di bawa pulang. Terima kasih YB Dato..
SUMBANGAN BUAH KURMA DARIPADA PUSAT KHIDMAT DUN N.36 LAYAR
25 Mac 2023 - Ketua-ketua masyarakat Kampung Melayu Betong telah menerima sumbangan buah kurma daripada Pusat Khidmat DUN N.36 Layar. Sumbangan disampaikan sendiri oleh YB Dato Gerald Rentap Jabu kepada Ketua-ketua Masyarakat Kampung Melayu Betong. Agihan kurma tersebut akan diagih-agihkan kepada semua KIR di Kampung Melayu Betong yang merangkumi 6 buah kampung.


PROGRAM IFTAR RAMADHAN KAMPUNG MELAYU BETONG 1444H
Tarikh pelaksanaan : 06 April 2023 ( Khamis )
Masa : 5.40 petang
Tempat : Dewan Al-Husna Masjid Jamek Betong
Tetamu Kehormat : YB Dato Gerald Rentap Jabu, ADUN N.36 Layar
Pengisian :
-Majlis Berbuka Puasa
-Agihan Food Basket
-Agihan Kurma
Senarai penduduk Kampung Tengah terlibat:
1.Hamidah bt chee
2.Abang @ Mohd Amin bin Han
3.Hajijah bt Tahir
4.Nipah bt Edit
5.Rafiah bt Tahir
6.Abg Shamsawi bin Abg Abdillah
7.Madali bin Mohamad




MAJLIS RINGKAS BACAAN DOA SELAMAT PENIAGA BAZAR RAMADHAN KAMPUNG MELAYU BETONG
22 Mac 2023 - Satu majlis ringkas bacaan doa selamat telah dilaksanakan oleh Persatuan Kebajikan Peniaga Melayu Betong (PKPMB) bersama semua peniaga bazar ramadhan tahun 2023. Bacaan doa dipimpin oleh Mantan Imam Tuan Haji Hanapi bin Yalin. Pengerusi PKPMB dalam ucapan ringkasnya berharap agar semua peniaga bazar dapat menjaga kebersihan di kawasan gerai masing-masing serta tidak meletakkan harga sesuka hati. Pengerusi juga berharap agar pihak berwajib dapat menyediakan kemudahan yang serba lengkap bagi keselesaan peniaga dan pengunjung bazar pada masa-masa akan datang. Untuk tahun 2023 ini, seramai 52 orang peniaga telah menyertai Bazar Ramadhan Pertubuhan Kebajikan Peniaga Melayu Betong. Diharapkan bazar ramadhan tahun ini berjalan lancar dan semoga rezeki peniaga bazar dipermudahkan.
GOTONG ROYONG PEMBERSIHAN TANAH PERKUBURAN SELULAP
19 Mac 2023-Aktiviti gotong royong pembersihan tanah perkuburan Islam Selulap telah dilaksanakan dengan kerjasama penduduk Kampung Melayu Betong serta turut dibantu oleh pihak Balai Bomba dan Penyelamat Betong. Aktiviti tahunan ini dilaksanakan bagi menanam rasa keinsafan di kalangan penduduk serta menyediakan kawasan perkuburan yang bersih dan selamat untuk dikunjungi menjelang syawal nanti. Semoga kerjasama bersama agensi keselamatan seperti ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.












TAHLIL DAN DOA SELAMAT SEMPENA KETIBAAN RAMADHAN 2023 / 1444 H PERINGKAT KAMPUNG TENGAH BETONG
21 Mac 2023 - Majlis tahlil dan bacaan doa selamat telah dilaksanakan bertempat di Surau Darul Dakwah. Majlis dihadiri oleh AJK JKP Surau, Ketua-ketua Kampung serta penduduk Kampung Tengah Betong. Dengan melaksanakan konsep dulang, ia diharap dapat menjadi penghubung tali silaturrahim serta menyuburkan semangat kekitaan di kalangan penduduk. Semoga ibadah puasa dapat dilaksanakan dengan penuh keberkatan.
PROGRAM RAMADHAN RELIEF MERCY MALAYSIA DAN MAYBANK ISLAMIC UNTUK PENDUDUK KAMPUNG MELAYU BETONG
15 Mac 2023-Mercy Malaysia dengan kerjasama Maybank Islamic Sarawak, telah meneruskan misi Ramadhan Relief dengan sasaran lebih 70 orang penerima telah diberikan bantuan bakul makanan..Program dihadiri oleh Puan Diana David Itang,pengerusi Mercy Malaysia Cawangan Sarawak, Tuan Haji Zakaria bin Hj Mokhtar,wakil Maybank Islamic,Penghulu Abg Suhailie, semua KK Kampung Melayu Betong serta penduduk Kampung Melayu Betong....Puan Diana dalam ucapannya berharap agar segala bantuan ini dapat memberi manfaat kepada penduduk serta pihak Mercy Malaysia sentiasa berusaha memastikan agar setiap bantuan dapat sampai kepada golongan sasaran tanpa mengira bangsa. Senarai penduduk yang menerima bantuan:
1.DAYANG EPON BINTI ABANG SENAWI
2.ABIK BINTI SAIT
3.FATIMAH BINTI YAMAN
4.DYG LIANA BINTI ABG ALWI
5.TIAH BINTI DRAHMAN
6.SH NORLEA BT WAN MANOHOR
7.ABG MOHD FHAZLLY BIN HJ ABG ABD MANAF
8.AZURA BINTI YAHYA
9.SAIDA BINTI EDIT
10.MOHD JAYA BIN ISMAIL MAHLAP
11.SITI SOFIAH BINTI AMIN
12.DYG MISSIAH BINTI AWANG WAILIE
13.DYG SERI SUNTI BINTI ABANG NUROL






PEMANTAUAN KEJADIAN BANJIR DI KAMPUNG TENGAH
11 Mac 2023 - KK Hj Abg Abd Manaf diiringi SAO Nazari bin Bujang serta anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Betong telah mengadakan pemantauan ke kawasan rumah-rumah penduduk yang terjejas akibat banjir. Hujan lebat yang tidak berhenti telah menyebabkan beberapa kawasan rendah di Kampung Tengah Betong telah dinaiki air. Pihak Bomba telah memberi peringatan kepada penduduk agar segera memindahkan barangan ke tempat yang selamat sekiranya cuaca hujan masih berterusan. Pihak JKKK telah mengenalpasti penduduk yang terjejas banjir seperti berikut;
- Sapuan Abu
-Jana Abu
-Hj Abg Zawawie
-Norsiah Rajuna
Pihak JKKK mendapati beberapa faktor yang telah menyebabkan kejadian banjir pada kali ini iaitu beberapa parit utama tidak diselenggara dengan baik serta faktor projek tebatan banjir di sekitar bandar Betong yang masih sedang dilaksanakan. Diharapkan penduduk dapat bersabar menghadapi segala ujian ini.








GOTONG ROYONG PEMBERSIHAN TANAH PERKUBURAN BELAKIK ANJURAN BERSAMA JKKK KAMPUNG TENGAH DAN JKKK KAMPUNG BARU HULU BETONG.
11 Mac 2023 - JKKK Kampung Tengah dengan kerjasama JKKK Kampung Baru Hulu telah berganding bahu melaksanakan aktiviti Gotong Royong Pembersihan Tanah Perkuburan Belakik, Kampung Melayu Betong. Program tahunan ini merupakan persediaan awal sempena sambutan bulan Ramadhan yang akan menjelang tidak berapa lama lagi. Pihak kami amat mengharapkan gabungan aktiviti JKKK seperti ini dapat diperluaskan kepada pelbagai aktiviti lain serta melibatkan penyertaan menyeluruh daripada penduduk kampung. Pihak JKKK mengharapkan usaha murni ini akan menjadi pemangkin kepada sikap kerjasama serta bersatu hati penduduk melayu Betong.
CERAMAH AGAMA SEMPENA MEMPERINGATI PERISTIWA ISRA' DAN MIKRAJ PERINGKAT KAMPUNG TENGAH BETONG TAHUN 2023
16 Februari 2023 - Majlis ceramah agama bersempena memperingati peristiwa Isra' dan Mikraj Nabi Muhammad SAW telah dianjurkan oleh pihak JKP Surau Darul Dakwah Kampung Tengah Betong. Ceramah bertajuk Perjalanan Rasullullah ke Sidratul Qudsi oleh al-fadhil Ustaz Abg Abd Rajak bin Abg Julaihi, Pembantu Hal Ehwal Islam PAIB Betong banyak memberi pengajaran yang amat berguna kepada kariah. Majlis turut dihadiri oleh Penghulu Abang Suhailie, SAO Nazari bin Bujang, KK Hj Abg Abd Manaf, kariah Surau Damai Kampung Hilir serta penduduk kampung Tengah Betong. Semoga kita sama-sama memperolehi keberkatan .





KUNJUNGAN HORMAT PEGAWAI KOMUNIKASI KOMUNITI, J-KOM KEPADA KAMPUNG TENGAH BETONG
16 Februari 2023 – Jabatan Komunikasi Komuniti ( J-KOM ) telah ditubuhkan pada 1 Februari 2021 di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Pada 19 Mei 2021, Jabatan ini telah dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri bertujuan untuk memastikan semua entiti berkaitan komunikasi strategik kerajaan diletakkan secara berpusat agar pelaksanaan pelan komunikasi strategik serta pemantauannya dapat diselaraskan dengan lebih cekap dan berkesan.
Jabatan Komunikasi Komuniti berperanan membangunkan komuniti di peringkat akar umbi dengan pendekatan pengehakupayaan komuniti dengan berteraskan tiga fokus utama iaitu Berbudaya Ilmu, Berkemahiran Digital dan Berjiwa Patriotik.
( Sumber : Portal Rasmi Jabatan Komunikasi Komuniti )
Antara langkah awal yang dilaksanakan oleh pihak Jabatan Komunikasi Komuniti ialah mengarahkan agar semua Pegawai Komunikasi Daerah dan Penolong Pegawai Komunikasi Daerah untuk melaksanakan program turun padang ke kawasan seliaan masing-masing bagi mengenalpasti isu-isu yang boleh diangkat di peringkat jabatan. Dalam hal ini, pihak J-KOM melalui 2 orang pegawainya iaitu Encik Lee Hendrix anak Smith, Pegawai Komunikasi Daerah Betong dan Encik Abg Afnan, Penolong Pegawai Komunikasi Daerah Betong telah memilih Kampung Tengah Betong sebagai lokasi lawatan pertama. Dalam sesi lawatan tersebut, pihak J-KOM telah membuat lawatan ke rumah penduduk ( rumah Siti Sofiah binti Amin ) bagi mengenalpasti permasalahan serta bantuan yang boleh diusahakan kepada keluarga ini. Sesi lawatan tersebut turut diiringi oleh KK Haji Abg Abd Manaf dan Setiausaha Abg Nurjayadi.
Pihak Pengurusan Kampung Tengah Betong tidak melepaskan peluang untuk saling bertukar-tukar maklumat bagi memberikan gambaran berkaitan isu-isu utama yang boleh dimajukan ke peringkat jabatan. Antara isu yang dikenalpasti termasuklah permohonan pembesaran kampung, pembinaan Rumah JKKK Kampung Tengah Betong, bekalan elektrik di kawasan lot baru serta beberapa lagi isu yang melibatkan kepentingan penduduk di Kampung Melayu Betong. Pihak Pengurusan JKKK Kampung Tengah Betong berasa amat bertuah kerana diberikan kesempatan untuk mewakili hasrat dan aspirasi penduduk. Pihak J-KOM juga menerima sebarang aduan mengenai pelbagai isu terutamanya melibatkan kepentingan komuniti di sesuatu tempat. Penduduk terlibat:
1. SITI SOFIAH BINTI AMIN
MESYUARAT PENGURUSAN JKKK KAMPUNG TENGAH BETONG BILANGAN 1 TAHUN 2023
04 Februari 2023 - JKKK Kampung Tengah Betong telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan JKKK Bilangan 1 Tahun 2023 dengan jayanya. Mesyuarat turut dihadiri oleh Ayahanda Penghulu Abang Suhailie bin Abang Pay serta SAO Nazari bin Bujang daripada Pejabat Daerah Betong. Yang berbahagia SAO Nazari dalam ucapannya mengharapkan agar pengurusan kampung-kampung melayu di Betong dapat dilaksanakan secara sistematik dan penuh berintegriti bagi memberikan keyakinan kepada penduduk kampung. Ayahanda penghulu dalam amanatnya turut merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah atas persediaan lengkap yang telah ditunjukkan oleh JKKK Kampung Tengah dalam memastikan mesyuarat dapat dilaksanakan dengan jayanya. Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat termasuklah pembentangan laporan aktiviti dan kewangan JKKK sepanjang tahun 2022, perancangan takwim 2023 serta cadangan projek tahun 2023 bagi bagi peringkat Kampung Tengah Betong.
Pesanan kami:
JKKK Kampung Tengah Betong komited dalam memastikan keperluan serta kebajikan penduduk dapat disantuni sebaik mungkin. Hubungi kami sekiranya anda berminat untuk berkolaborasi bersama kami;
KK Hj Abg Abd Manaf ( 01164680309 ) - Pengerusi
Abg Nurjayadi ( 0136046232 ) - Setiausaha
Norsiah Hj Rajuna ( 0148763321 ) – Bendahari
Layari kami di pautan berikut;
https://jkkkkampungtengahbetong.webador.com/





SESI TAKLIMAT PELAKSANAAN PROJEK BAIK PULIH RUMAH (PPRMS) DUN LAYAR
08 Februari 2023 - JKKK Kampung Tengah Betong yang diwakili oleh KK Hj Abg Abd Manaf telah menghadiri sesi taklimat pelaksanaan Projek Baik Pulih Rumah (PPRMS) bagi Tahun 2023. Taklimat disampaikan oleh pihak Pejabat Daerah Betong. Antara penambahbaikan pelaksanaan projek PPRMS ialah;
-Penerima projek boleh memilih sendiri pembekal yang telah disenaraikan oleh Pejabat Daerah Betong.
-Tempoh pelaksanaan projek dilaksanakan dalam tempoh 2 bulan selepas menerima bekalan bahan.
-Mengambil gambar sebelum, semasa dan selepas projek bagi memastikan bantuan digunakan dengan jalan yang sepatutnya.
Untuk Kampung Tengah Betong, kuota disediakan ialah sebanyak 10 orang setahun, dengan 5 orang untuk fasa pertama dan 5 orang untuk fasa kedua. Pihak JKKK Kampung Tengah Betong merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan dalam memastikan semua penduduk mendapat manfaat yang sewajarnya.
Status terkini tindakan:
Senarai penerima PPRMS Fasa 1 Tahun 2023;
1.Kon @ Sapawi bin Yahu
2.Sapuan bin Abu
3.Abg Mohd Fhazrul bin Hj Abg Abd Manaf
4. Hamidah binti Jeman
5.Abg Sulaiman bin Abg Zaini
Penerima diminta untuk membuat tempahan di Joo Sang Enterprise. Tempoh siap projek adalah 2 bulan. Semua penerima telah dimohon untuk mengambil gambar sebelum, semasa dan selepas proses naik taraf dilaksanakan.






KELAS PALUAN KOMPANG KAMPUNG TENGAH BETONG
08 Februari 2023 - JKKK Kampung Tengah Betong sentiasa berusaha untuk mendidik penduduk kampung agar sentiasa memelihara budaya serta adat melayu lama agar ia dapat dikekalkan secara turun temurun untuk diwariskan kepada generasi yang seterusnya. Antara adat melayu lama yang boleh diketengahkan ialah aktiviti paluan kompang. Atas inisiatif Puan Rabayah binti Mos, AJK JKKK Kampung Tengah Betong, telah berjaya memastikan kelas kompang dapat dilaksanakan di rumah beliau di Kampung Tengah Betong. Sambutan yang diberikan oleh penduduk juga amat menggalakkan.Kami amat memerlukan tunjuk ajar daripada pihak-pihak yang berkenaan terutamanya melibatkan tenaga pengajar profesional serta dana bagi memastikan aktiviti Kelas Kompang Kampung Tengah Betong dapat dilaksanakan dengan jayanya. Bagi pihak yang berminat untuk menyediakan tenaga pengajar profesional atau suntikan dana kepada kami, sila hubungi KK Hj Abang Abdul Manaf di talian 011-6468 0309


LOGO JKKK KAMPUNG TENGAH BETONG TERKINI
BULATAN TEBAL -Simbol bulat manusia kerana muafakat -Biru melambangkan ketenangan dalam menghadapi segala permasalahan dan cabaran. Garis tebal melambangkan JKKK semakin utuh dalam memperjuangkan kepentingan penduduk.
3 BATANG KELAPA + RUMAH -Kelapa simbol kekuatan semangat dan tekad dalam mencapai sesuatu matlamat. Pokok kelapa tinggi ditengah bermaksud Kampung Tengah di kelilingi oleh Kampung Masjid Dan Hilir. Rumah melambangkan komuniti setempat yang dinaungi oleh JKKK Warna hitam melambangkan semangat jati diri Melayu dan Islam yang tinggi
TANGAN BERJABAT -Semangat setiakawan dan perpaduan sentiasa menjadi keutamaan.
AGIHAN CEK MRP DARIPADA MANTAN YB DATUK ROBERT LAWSON CHUAT
30 Januari 2023 - Pihak YB Dr Richard Rapu dan YB Dato Sri Gerald Rentap Jabu telah menyampaikan cek MRP kepada beberapa NGO dan pertubuhan yang berdaftar di Daerah Betong. Bagi Kampung Tengah, sumbangan cek kepada KRT Kampung Tengah Betong berjumlah RM3,000 telah diterima oleh KK Haji Abg Abd Manaf




TAKLIMAT HALA TUJU JKKK KAMPUNG MELAYU BETONG BERSAMA PEJABAT DAERAH BETONG
28 Januari 2023 - Pihak Pejabat Daerah Betong telah mengadakan Taklimat Hala Tuju JKKK Kampung-kampung Melayu Betong.Antara objektif taklimat ialah bagi memberikan lebih pemahaman mengenai peranan sebenar JKKK serta tugas setiap ahli jawatankuasa. SAO Nazari bin Bujang dalam taklimatnya telah menjelaskan pelbagai aspek dalam pengurusan JKKK ke arah yang lebih sistematik dan mampan. Beliau menyeru agar semua pihak dapat memainkan peranan yang sepatutnya demi memastikan hasrat pembangunan kampung yang lebih cemerlang pada masa-masa yang akan datang. Setiausaha selaku nadi penting dalam pengurusan JKKK hendaklah bersedia untuk memahirkan diri dengan pelbagai bidang ilmu pengurusan. Mana-mana ahli jawatankuasa yang tidak aktif disaran untuk memberikan laluan kepada individu yang dapat melaksanakan amanah. Sebanyak 6 buah JKKK dari kampung-kampung Melayu Betong hadir dalam sesi taklimat ini. JKKK Kampung Tengah Betong diwakili oleh:
1.KK Hj Abg Abd Manaf
2.Abg Nurjayadi-Setiausaha
3.Norsiah Hj Rajuna - Bendahari
4.Rabayah Mos -AJK
5.Suzana Hj Edit -AJK
PROGRAM BUAL MESRA SAO NAZARI BERSAMA PENGURUSAN TERTINGGI JKKK KAMPUNG-KAMPUNG MELAYU BETONG
18 Januari 2023 - Sesi perjumpaan mesra SAO Nazari Bujang bersama Pengurusan Tertinggi JKKK Kampung-kampung Melayu Betong diadakan bertujuan untuk beramah mesra serta saling bertukar-tukar pendapat ke arah pemantapan pengurusan JKKK dan kampung. SAO Nazari berharap agar semua kepimpinan JKKK di kampung-kampung melayu dapat bergerak secara bersama bagi memastikan segala matlamat dapat dicapai dengan mudah. Beliau juga berhasrat untuk mengadakan satu sesi taklimat bagi menerangkan hala tuju JKKK serta beberapa prosedur yang harus dilaksanakan bagi memastikan setiap JKKK dapat ditadbir urus dengan cemerlang. AJK terlibat :
1. KK HJ ABG ABD MANAF
2. ABANG NURJAYADI
3. NORSIAH RAJUNA




LAWATAN KE RUMAH-RUMAH PENDUDUK KAMPUNG TENGAH BETONG
17 Januari 2023 - JKKK amat komited dalam memastikan keperluan penduduk di Kampung Tengah Betong sentiasa diberikan keutamaan. Dalam satu sesi lawatan ringkas yang telah diadakan di sekitar rumah penduduk, pihak JKKK telah mengenalpasti beberapa projek sistem perparitan yang boleh dilaksana untuk tahun 2023 ini. Dengan terbinanya projek perparitan ini, ia diharap dapat menyelesaikan masalah sistem saliran serta menjadikan kawasan Kampung Tengah Betong sentiasa bersih dan selamat didiami. Penduduk disaran agar mengemukakan cadangan projek perparitan, jalan atau lampu jalan dengan menghubungi terus KK atau Setiausaha JKKK. Penduduk terlibat :
1.HJ ABANG ZAWAWIE
2. SEMAN BIN MUS
3.JELIA HASHIM
4.MUSA HASHIM
PERJUMPAAN BERSAMA SARAWAK ENERGY BERHAD BERKAITAN ISU BEKALAN ELEKTRIK PENEMPATAN LOT BARU KAMPUNG MELAYU BETONG
17 Januari 2023 - KK Hj Abg Abd Manaf bersama SU JKKK Kampung Tengah Betong telah mengadakan pertemuan 4 mata bersama pihak Pejabat Tanah dan Survei serta Sarawak Energy Berhad. Tujuan perjumpaan adalah bagi menyelesaikan isu bekalan elektrik di penempatan lot baru Kampung Melayu Betong yang telah terbengkalai sejak beberapa tahun lalu. Kami amat berharap penjelasan oleh pihak Pejabat Tanah dan Survei dapat membantu merungkaikan permasalahan ini. Kami telah difahamkan bahawa projek bekalan elektrik sepatutnya tidak menjadi masalah kerana ia telah diluluskan oleh kerajaan negeri dengan kos bernilai satu juta lebih.
Status terkini tindakan:
1. Ministry of Utilities and Telecommunication ( Solved )
08/02/2023 04:24 PM
Salam Sejahtera,
Berkenaan dengan permohonan skim ALAF oleh Encik Abang Nurjayadi sebagai wakil penduduk Kampung Melayu Betong. Pihak Kementerian mengambil maklum tentang permohonan ini dan telahpun dimasukkan ke pangkalan data kementerian untuk perancangan pelaksanaan.
Namun begitu, tuan tetap perlu mengisi borang permohonan BELB yang boleh didapati di Pejabat daerah berhampiran atau muat turun daripada laman sesawang kementerian, https://mut.sarawak.gov.my/ dan seterusnya menghantar permohonan melalui pejabat daerah sebagai memenuhi Prosidur Standard Bagi Permohonan BELB Kementerian ini.
Terima kasih.
Tindakan AJK:
Melaksanakan beberapa tindakan susulan seperti berikut;
-Mendapatkan borang permohonan BELB daripada Pejabat Daerah Betong. Borang diperolehi pada 12 Februari 2023.
-Mendapatkan salinan kad pengenalan penduduk yang terlibat.
-Mengambil gambar rumah penduduk di kawasan terlibat.
-Menyedia beberapa dokumen sokongan seperti lakaran kedudukan rumah dan sebagainya.


KUNJUNG HORMAT KK KAMPUNG MELAYU BETONG KEPADA SAO NAZARI BUJANG
16 Januari 2023 - Pihak JK Kebajikan Kampung Melayu telah mengadakan sesi kunjung hormat kepada SAO Nazari bin Bujang bertempat di Pejabat Daerah Betong. Sesi kunjung hormat oleh KK Rokiah binti Mahmud dan KK Hj Abg Abd Manaf bertujuan untuk sesi beramah mesra bersama tuan SAO Nazari serta pelbagai perancangan bagi memantapkan pengurusan JKKK terutamanya di kawasan Kampung Melayu Betong. SAO Nazari amat berharap agar dapat mengadakan sesi suai kenal bersama semua AJK JKKK yang terdapat di Kampung Melayu Betong bagi menjelaskan hasrat dan harapan beliau kepada pihak JKKK. Dikesempatan ini juga KK Rokiah turut menjemput SAO Nazari ke program Solat Hajat Perdana SPM 2022 Peringkat Kampung Melayu Betong yang akan diadakan pada 25 Januari 2023 bertempat di Masjid Jamek Betong.
Program Solat Hajat Perdana SPM 2022 Peringkat Kampung Melayu Betong
Tarikh : 25 Januari 2022 ( Rabu )
Masa/Tempat : 6:00 petang / Masjid Jame’ Betong
Anjuran : JK Kebajikan Kampung Melayu Betong
OBJEKTIF
- Mendedahkan pelajar kepada cara memohon bantuan daripada Allah S.W.T.
- Memupuk rasa cinta kepada ibadah
- Meningkatkan lagi ilmu dalam menjalankan solat hajat
SASARAN PESERTA:
100 orang ( terdiri daripada calon SPM 2022, Ibu bapa dan kariah masjid


MESYUARAT JK KEBAJIKAN KAMPUNG MELAYU BIL.1 TAHUN 2023
14 Januari 2023 - Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Kebajikan Kampung Melayu Betong sebulat suara menerima cadangan beberapa aktiviti pada tahun 2023. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh KK Rokiah binti Mahmud yang juga merupakan pengerusi JK Kebajikan Kampung Melayu Betong, mencadangkan agar aktiviti seperti Program Prihatin Belia dan Ngabas Balau Nanyak Beritau diteruskan pelaksanaannya manakala aktiviti seperti saringan kesihatan warga kampung dan Program Solat Hajat anak-anak kampung yang akan menduduki SPM juga dicadang pelaksanaannya tahun 2023 ini. JKKK Kampung Tengah diwakili oleh KK Hj Abg Abd Manaf dan SU Abg Nurjayadi turut hadir dalam mesyuarat tersebut.
DATO'SRI HADIAN HASHIM KEBANGGAAN KAMPUNG TENGAH BETONG
14 Januari 2023 - Bagi yang tidak mengenalinya, beliau merupakan anak sulung kepada Dayang Sarbanun bt Abg Abd Rajid dan Hashim serta merupakan anak buah kepada mantan penghulu Haji Abang Zawawie bin Abg Abd Rajid. Dato’ Sri Hadian bin Hashim mempunyai pengalaman hampir 40 tahun dalam industri minyak dan gas (“O&G”), dengan pernah berkhidmat di Sarawak Shell Bhd., Itochu Pipe dan Tube Asia Corporation Sdn. Bhd., Integrated Petroleum Services Sdn. Bhd. dan Sona Petroleum Sdn. Bhd. Beliau berkelulusan Bachelor’s Degree in Chemical Engineering daripada University of Canterbury, New Zealand. Sikap merendah diri walaupun namanya gah terutamanya dalam dunia korporat negara, namun ia bukan alasan untuk beliau meninggi diri mendongak langit.Bersederhana, tidak sombong serta tidak melupakan rakan-rakan sekampung, Inilah harapan kita kepada semua anak-anak Kampung Tengah Betong yang berjaya agar tidak melupakan asal usul serta tidak keberatan membantu menyumbang kemajuan di kampung yang kita cintai ini. Semoga Dato Sri dikurniakan kesihatan yang berpanjangan serta maju dalam bidang yang dato sri ceburi.




13 Januari 2023 - Aktiviti bulanan wanita JKKK Kampung Tengah dalam memastikan pokok hiasan sentiasa dalam keadaan kemas dan subur. Pihak JKKK bercadang untuk membuat tambahan hiasan pasu bunga di sekitar kampung. Matlamat kami ialah menjadikan Kampung Tengah sentiasa bersih, indah dan menarik dengan hiasan bunga-bungaan. Walau pun menyedari ia bukan tugas mudah, namun ia tidak melemahkan semangat kami, bak kata pepatah " Alah Bisa Tegal Biasa", kita teruskan usaha ini sehingga kita berjaya. Terima kasih wanita besi JKKK Kampung Tengah Betong.

KUNJUNG MESRA WANITA JKKK KAMPUNG TENGAH BETONG KEPADA MANTAN PENGHULU AYAHANDA HJ ABG ZAWAWIE
13 Januari 2023 - Pihak wanita JKKK berkesempatan mengadakan kunjung mesra ke kediaman mantan Penghulu, ayahanda Hj Abang Zawawie bin Abg Abd Rajid. Tujuan kunjung mesra tersebut ialah bagi berkongsi pandangan dan pengalaman ayahanda dalam mengurus aktiviti kampung. Banyak pandangan dan kata-kata nasihat telah diberikan bagi panduan pengurusan JKKK. Ayahanda amat mengharapkan agar pihak JKKK tidak mudah mengalah dalam melaksanakan amanah demi kemajuan Kampung Tengah Betong. Segala panduan dan nasihat ayahanda akan dijadikan panduan kepada kami menunaikan tanggungjawab dengan lebih berintegriti.
PENYERAHAN PROJEK SIAP NAIK TARAF JALAN ( TURAP ) KAMPUNG TENGAH BETONG
12 Januari 2023 - Kampung Tengah Betong sekali lagi berbesar hati menerima limpahan projek naik taraf jalan rumah ke rumah penduduk Kampung Tengah Betong. Kali ini projek dengan kos RM 120,000.00 di bawah projek RTP serta dikawal selia oleh Majlis Daerah Betong. Penyerahan disempurnakan oleh Encik Yves Lemat, Ketua Bahagian Kejuruteraan Majlis Daerah Betong kepada KK Hj Abg Abd Manaf bin Abg Zaini serta disaksikan oleh Cr Horace ak Entoi. Pihak JKKK Kampung Tengah Betong merakamkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sarawak terutamanya kepada kepimpinan YB Dato Gerald Rentap Jabu di atas komitmen yang diberikan dalam membantu usaha JKKK Kampung Tengah Betong menaik taraf kemudahan infrastruktur di Kampung Tengah Betong.


PENYERAHAN PROJEK SIAP NAIK TARAF JALAN ( TURAP ) KAMPUNG MELAYU BETONG
05 Januari 2023 - Majlis ringkas penyerahan Projek Siap Naik Taraf Jalan rumah ke rumah penduduk Kampung Melayu Betong telah diserahkan oleh Cr Horace ak Entoi kepada Setiausaha JKKK Kampung Tengah Betong. Projek penurapan jalan tersebut amat memudahkan urusan penduduk terutamanya dari kawasan darat Kampung Tengah Betong. Agensi pelaksana projek ialah Majlis Daerah Betong dengan kos sebanyak RM 150,000.00.
AKTIVITI TAHUN 2022






PROGRAM AMBANG MESRA TAHUN BARU 2023 KAMPUNG TENGAH BETONG
31 Disember 2022 - Acara julung-julung kali diadakan semenjak negara dilanda pandemik Covid19, telah berjaya dilaksanakan. Penganjuran program kali ini merupakan gabungan dana daripada JKKK Kampung Tengah Betong dan Persatuan Penduduk Kampung Melayu Betong (PPKMB). Objektif penganjuran program ialah bagi menghargai komitmen penduduk dalam membantu JKKK mentadbir kampung dengan lancar dan cemerlang. Disamping itu, ia juga diharap dapat menjadi medan untuk JKKK serta persatuan beramah mesra dengan penduduk.Ayahanda penghulu Abang Suhailie bin Abang Pay dalam amanatnya amat mengharapkan agar kerjasama pelbagai NGO dapat dipertingkatkan bagi memastikan penganjuran aktiviti yang lebih memberi impak kepada penduduk. KK Hj Abg Abd Manaf turut menyeru agar sokongan tidak berbelah bahagi dapat diberikan kepada pengurusan JKKK agar segala usaha dapat dilaksanakan dengan lebih mampan serta memenuhi aspirasi penduduk Kampung Tengah Betong.



PERTANDINGAN DART SEMPENA PROGRAM AMBANG MESRA TAHUN BARU 2023 KAMPUNG TENGAH BETONG
31 Disember 2022 - Pihak JKKK Kampung Tengah Betong dengan kerjasama Persatuan Penduduk Kampung Melayu Betong telah menganjurkan Pertandingan Dart bagi Kategori Lelaki dan Wanita Peringkat Kampung Tengah Betong bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Tengah Betong. Seramai 25 penyertaan telah direkodkan oleh pihak urus setia. Pemenang tempat pertama akan membawa pulang wang tunai RM100, tempat ke-2 RM 70 dan ke-3 RM50. 7 tempat saguhati berupa hamper juga disediakan oleh pihak penganjur untuk setiap kategori. Aktiviti ini merupakan sebahagian daripada acara sambutan Ambang Mesra Tahun Baru Peringkat Kampung Tengah Betong. Disamping itu, Pertandingan Pakaian Beragam Kanak-kanak dan aktiviti senaman juga turut diadakan bagi memeriahkan program sambutan. Semoga aktiviti ini akan merapatkan ukhwah di antara penduduk Kampung Tengah Betong. Pujian juga harus diberikan kepada para belia Kampung Tengah yang tidak kenal penat lelah dalam membantu kelancaran program pada kali ini.

SUMBANGAN DERMA IKHLAS JKKK KAMPUNG TENGAH BETONG KEPADA WARIS ALLAHYARHAM TUAN HAJI RAJUNA BIN OMAR
22 Disember 2022 - Pihak JKKK Kampung Tengah Betong berkongsi rasa sedih di atas pemergian Allahyarham Tuan Haji Rajuna bin Omar yang telah meninggal dunia pada 16 Disember 2022 yang lalu. KK Haji Abang Abdul Manaf telah menyampaikan sumbangan ikhlas kepada waris allahyarham Tuan Haji Rajuna bin Omar. Sesungguhnya jasa bakti allahyarham kepada pembangunan terutamanya di Kampung Tengah Betong senantiasa kekal dalam ingatan kami. Semoga Allah s.w.t menempatkan rohnya dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah
PROGRAM JEJAK SILATURRAHIM JKKK KAMPUNG NO.3 KUCHING KEPADA JKKK KAMPUNG TENGAH BETONG
22 Disember 2022 - Pihak JKKK Kampung Tengah Betong berasa amat bertuah kerana telah menerima kunjungan hormat daripada pihak JKKK Kampung No.3 Kuching yang diketuai oleh Pemanca Haji Rosli bin Sahari dan KK Hajah Liliana binti Bohari beserta rombongan. Objektif kunjungan ialah untuk merapatkan tali silaturrahim sesama ahli serta peluang saling bertukar-tukar pendapat dalam pengurusan kampung di peringkat masing-masing. KK Haji Abang Abdul Manaf dalam ucapan aluannya mengharapkan agar kunjungan seperti ini dapat diteruskan pada masa-masa yang akan datang agar pelbagai idea serta buah fikiran dalam memajukan kampung dapat dijana bersama oleh ajk. Pemanca Haji Rosli dalam ucapan balasnya turut berterima kasih si atas layanan serta sambutan luar biasa yang diberikan oleh JKKK Kampung Tengah Betong. Turut hadir bersama ialah tuan SAO Nazri bin Bujang, daripada Pejabat Daerah Betong,ayahanda Penghulu Abang Suhailie bin Abang Pay serta barisan Ketua-ketua Kampung daripada 5 buah kampung di sekitar Kampung Tengah Betong. Sesungguhnya ruang seperti ini adalah medan terbaik untuk kita saling berkongsi ilmu dan pengalaman bagi memastikan pengurusan kampung yang cemerlang dalam semua aspek.



BENGKEL PEMERKASAAN BIRO MENANGANI ISU DADAH DAN SUBSTANCE (MIDS) KAWASAN PENGHULU PERINGKAT DAERAH BETONG TAHUN 2022
18 Disember 2022 - JKKK Kampung Tengah Betong berbesar hati kerana diberikan peluang untuk terlibat dalam Bengkel Pemantapan Pengurusan Biro Menangani Isu Dadah dan Substance (MIDS) Kawasan Penghulu yang diadakan pada 16-17 Disember 2022 bertempat di Hotel Seri Simanggang. Program anjuran OSC MIDS Daerah Betong dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Betong merupakan program yang menghimpunkan semua ketua-ketua masyarakat Daerah Betong dalam usaha memperkasakan pengurusan Biro MIDS Kawasan Penghulu di bawah seliaan KMKK Daerah Betong. Pelbagai sesi ceramah melibatkan agensi seperti Pejabat Daerah Betong, AADK Betong, IPD Betong dan Pejabat Kesihatan Bahagian Betong, mencakupi pelbagai aspek pengurusan seperti dasar-dasar kerajaan berkaitan dadah dan substance, akta dan prosedur penahanan suspek terlibat dadah serta langkah-langkah rawatan penagih dadah. Dalam sesi bengkel juga peserta telah didedahkan dengan prosedur permohonan peruntukan bagi menjalankan aktiviti berkaitan pendidikan pencegahan dadah diperingkat komuniti masing-masing. Program disempurnakan oleh Yang Berhormat Encik Ricky @ Mohammad Razi bin Sitam, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti ( Kesejahteraan Komuniti ) Negeri Sarawak.


PROJEK NAIK TARAF JALAN RUMAH PENDUDUK KAMPUNG TENGAH BETONG TAHUN 2022
12 Disember 2022 - Projek naik taraf jalan ke rumah penduduk Kampung Tengah Betong telah bermula dengan jayanya. Projek dengan kos bernilai RM120,000.00 melibatkan proses naik taraf jalan di beberapa rumah penduduk yang telah dikenalpasti oleh pihak JKKK Kampung Tengah Betong. Bagi projek kali ini, ia dikendalikan oleh Syarikat Akmar Jaya serta diselia oleh Majlis Daerah Betong dengan dibantu oleh pihak JKKK Kampung Tengah Betong. Pihak JKKK Kampung Tengah akan berusaha memastikan setiap projek yang diterima oleh penduduk Kampung Tengah Betong adalah berkualiti dan mesra penduduk. Semoga penduduk Kampung Tengah Betong menerima faedah hasil daripada pelaksanaan projek ini.
KUNJUNG HORMAT PEMANCA HAJI ROSLI BIN SAHARI KEPADA KK KAMPUNG TENGAH BETONG
08 Disember 2022 - JKKK Kampung Tengah Betong berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Pemanca Haji Rosli Bin Sahari . Pemanca Haji Rosli merupakan Pemanca yang mentadbir kawasan Selatan Tebing Sungai Sarawak di Kuching. Tujuan lawatan tersebut ialah bagi membincangkan program Kenal Mesra AJK JKKK Kampung No.3 Kuching ke Kampung Melayu Betong. Disamping mengeratkan ukhwah saudara seagama, ia juga diharap dapat menjadi sesi perkongsian amalan terbaik serta medan pertukaran idea dalam memastikan pengurusan Kampung ke arah yang lebih sistematik dan cemerlang. Dalam kunjungan tersebut, Kampung Tengah Betong yang diwakili oleh KK Hj Abg Abd Manaf bin Abang Zaini turut menerima cenderahati gambar kenangan beliau bersama Yang Berbahagia Datu Hj. Putit Matzen, Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Sarawak semasa kunjungan YBRs Datu dan rombongan pada pertengahan 2022 ke Kampung Tengah Betong yang lalu.




SUMBANGAN KERUSI RODA KEPADA PENDUDUK KAMPUNG MELAYU BETONG DARIPADA MERCY MALAYSIA
28 Nov 2022 - Pihak JKKK Kampung Tengah Betong berasa berbesar hati menerima sumbangan 2 buah kerusi roda kepada penduduk Kampung Melayu Betong yang disalurkan oleh pihak Mercy Malaysia. Kerusi roda tersebut akan disimpan oleh pihak JKKK Kampung Tengah untuk kegunaan penduduk yang memerlukannya. Dalam pada itu, pihak JKKK Kampung Tengah Betong turut berbincang bersama pihak Mercy Malaysia berkenaan jenis-jenis bantuan yang boleh disalurkan kepada penduduk seperti bantuan baik pulih rumah, bantuan pembinaan tandas dan sebagainya. Semoga usaha-usaha bantuan seperti ini dapat kita teruskan bagi meningkatkan taraf kesihatan penduduk.


KUNJUNG MESRA YB DATO GERALD RENTAP JABU DAN DR.RICHARD RAPU KEPADA KK HAJI ABANG ABDUL MANAF BIN ABANG ZAINI
11 November 2022 - JKKK Kampung Tengah Betong berasa berbesar hati di atas keperihatinan YB Dato Gerald Rentap Jabu dan Dr Richard Rapu, calon GPS P.204 Betong yang sudi meluang masa menziarah KK Haji Abang Abdul Manaf bertempat di kediaman anaknya di Kampung Masjid Betong. Semoga KK Kampung Tengah kembali sihat seperti sedia kala bagi memacu lebih banyak pembangunan di Kampung Tengah Betong.




JKKK KAMPUNG TENGAH BETONG JUARA KATEGORI A PERTANDINGAN PERARAKAN DAN SEPANDUK SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT BAHAGIAN BETONG TAHUN 2022
22 Oktober 2022 - JKKK Kampung Tengah Betong sekali lagi meneruskan rentak kecemerlangannya apabila telah dinobatkan sebagai Juara Perarakan Sepanduk bagi kategori Kampung dan NGO bersempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bahagian Betong anjuran Jawatankuasa Tetap Perayaan Islam Bahagian Betong. Sebelum ini, JKKK Kampung Tengah Betong merupakan Juara Pertandingan Sepanduk dan Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kampung Melayu Betong. Hadiah kemenangan telah disampaikan oleh Yang Berhormat Encik Mohammad Razi bin Sitam, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak merangkap ADUN N.35 Saribas. Sesungguhnya kejayaan ini menjadi pemangkin kepada usaha kerjasama berterusan seluruh penduduk Kampung Tengah Betong pada masa-masa yang akan datang.
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT KAMPUNG MELAYU BETONG TAHUN 2022
10 Oktober 2022 - JKKK Kampung Tengah Betong telah menghantar penyertaan ke Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Kampung Melayu Betong anjuran JKP Masjid Jamek Betong. Perarakan kontijen Kampung Tengah Betong telah disertai oleh penduduk Kampung Tengah Betong. Dengan mengenakan pakaian bertemakan warna hitam, ternyata ia telah memberi tuah kepada kontinjen di mana JKKK Kampung Tengah Betong telah dinobatkan sebagai Juara Pertandingan Sepanduk dalam majlis tersebut. Tahniah diucapkan

JKKK Kampung Tengah Betong telah menggariskan beberapa matlamat yang harus dicapai demi pembangunan infrastruktur dan modal insan di Kampung Tengah Betong. Antaranya ialah;
INFRASTRUKTUR
1. RUMAH JKKK KAMPUNG TENGAH BETONG
2. NAIK TARAF DEWAN SERBAGUNA KAMPUNG TENGAH BETONG
3. PENUTUP BESI ( GRILL ) SISTEM PERPARITAN UTAMA KAMPUNG TENGAH BETONG
4. PEMBERSIHAN SISTEM PERPARITAN ANTARA RUMAH PENDUDUK KAMPUNG TENGAH BETONG
5. NAIK TARAF SISTEM JALAN / LORONG ANTARA RUMAH PENDUDUK KAMPUNG TENGAH BETONG
6. NAIK TARAF SISTEM API JALAN DI BEBERAPA TEMPAT STRATEGIK KAMPUNG TENGAH BETONG
7. PROJEK BINA BAHARU PAPAN NOTIS MAKLUMAT DAN SEJARAH KAMPUNG ( WARISAN SEJARAH )
EKONOMI
1. PENUBUHAN KOPERASI KAMPUNG TENGAH BETONG ( KOP KATENGAH )
2. PROJEK TANAMAN FERTIGASI BERKELOMPOK
3. PROJEK TERNAKAN BERKELOMPOK
4. PROJEK PEMBANGUNAN USAHAWAN KAMPUNG TENGAH BETONG
TANAH
1. PEMBUKAAN LOT TANAH BAHARU DI BAWAH SKIM PEMBESARAN KAMPUNG (SPK)
2. PROSES PEMUTIHAN TANAH
PENDIDIKAN DAN KERJAYA
1. BANTUAN ANAK-ANAK MELANJUTKAN PELAJARAN DI IPTA/IPTS
2. PROGRAM TUISYEN PMR/SPM/STPM ANAK KAMPUNG TENGAH
3. BANTUAN PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN
4. BANTUAN BIMBINGAN KERJAYA BELIA
KEAGAMAAN
1. PROGRAM CELIK AL-QURAN UNTUK KANAK-KANAK DAN DEWASA KAMPUNG TENGAH BETONG
2. PROGRAM CELIK FARDHU KIFAYAH KAMPUNG TENGAH BETONG
PROGRAM NGABAS BALAU NANYAK BERITAU KAMPUNG MELAYU BETONG
Sukacita dimaklumkan bahawa JK Kebajikan Kampung Melayu Betong dengan kerjasama Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Betong akan melawat rumah-rumah penduduk yang dikenalpasti bagi tujuan penyerahan sumbangan . Tarikh lawatan ialah pada 23 Ogos 2022 ( Selasa ) bermula jam 8.00 pagi. Bagi peringkat Kampung Tengah Betong, rombongan ini akan melawat rumah penduduk seperti berikut;
1.ENDOK BINTI ABG ANTIK
2.JALEHA BINTI MOHAMAD
3.SH NORLEA BINTI WAN MANOHOR
Sehubungan dengan itu, mohon penduduk yang tersenarai di atas dapat bersedia di rumah masing-masing bagi menerima kunjungan rombongan ini nanti.
TAKLIMAT PENGISIAN DATA SOSIAL KOMUNITI KAMPUNG MELAYU BETONG
16 Ogos 2022- Pihak Pejabat Residen Bahagian Betong telah mengadakan taklimat ringkas berhubung pengisian maklumat Data Sosial Komuniti untuk kegunaan pihak Betong Integrated Development Agency (BIDA). Diharapkan dengan tersedianya maklumat lengkap daripada kampung-kampung melayu Betong maka ia akan memudahkan urusan pihak berkenaan dalam merangka projek pembangunan yang sistematik dan mampan. Adalah menjadi harapan kita agar masyarakat Melayu Betong tidak ketinggalan dalam menerima manfaat arus pembangunan di Daerah Betong.



MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN BARANGAN KEPERLUAN HARIAN OLEH CHER ZHONG KOR BETONG
16 Ogos 2022 - Persatuan Meninggikan Akhlak Cher Zhong Kor Betong telah menyampaikan sumbangan keperluan harian kepada penduduk Kampung Tengah Betong. Sumbangan disampaikan oleh YB Dato Gerald Rentap Jabu dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Tua Pek Kong Betong. Senarai penerima bagi Kampung Tengah Betong adalah seperti berikut:
1.Sh Norlea binti Wan Manohor
2.Noraini binti Seman
3.Ikhmah binti Teruki
4.Nur Khalifah
KEMPEN KIBARAN JALUR GEMILANG KAMPUNG TENGAH BETONG
14 Ogos 2022 - Pihak JKKK Kampung Tengah Betong secara rasminya melancarkan kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Kampung Tengah Betong Tahun 2022. Simbolik pelancaran kempen ialah dengan memasang bendera di sepanjang jalan kampung serta pengagihan bendera tangan kepada semua KIR Kampung Tengah Betong. Pihak JKKK turut melaksanakan lawatan dari rumah ke rumah penduduk bagi mengenalpasti isu serta cadangan projek RTP yang boleh dilaksana pada masa-masa akan datang. Pihak JKKK berharap agar semua penduduk Kampung Tengah dapat bersama-sama menyemarakkan sambutan bulan kebangsaan dengan memasang bendera di kediaman masing-masing.
SUMBANGAN KEPADA WARIS ALLAHYARHAMAH FAUZIAH ABDULLAH DAN ALLAHYARHAM MAHIDI BIN ANTIK
14 Ogos 2022 - JKKK Kampung Tengah Betong turut berkesempatan menyampaikan sumbangan ikhlas JKKK kepada waris allahyarhamah Fauziah Abdullah ( Isteri Seman Mus ) dan waris allahyarham Mahidi bin Antik ( bang Aru @ Jamal ). Sumbangan disampaikan oleh Setiausaha JKKK Kampung Tengah kepada waris. Pihak JKKK serta seluruh penduduk Kampung Tengah Betong merakamkan ucapan takziah kepada keluarga allahyarhamah Fauziah Abdullah dan Allahyarham Mahidi bin Antik. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.




PROGRAM BICARA FIQH WANITA ANJURAN PEJABAT AGAMA ISLAM BAHAGIAN BETONG
12 Ogos 2022 - penduduk Kampung Tengah Betong tidak ketinggalan menyertai program Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera ( Bicara Fiqh Wanita ) Peringkat Bahagian Betong anjuran Pejabat Agama Islam Bahagian Betong bertempat di Dewan Al-Husna Masjid Jamek Betong. Diharapkan program-program ilmu seperti ini dapat terus disuburkan demi pembangunan modal insan warga Kampung Tengah Betong.


SUMBANGAN KATIL PESAKIT UNTUK KEGUNAAN PENDUDUK KAMPUNG TENGAH BETONG
04 Ogos 2022 - Pihak JKKK Kampung Tengah Betong sekali lagi berasa bertuah di atas penerimaan sumbangan berupa sebuah katil pesakit untuk kegunaan penduduk Kampung Tengah Betong yang memerlukannya. Sumbangan ini dijayakan oleh Persatuan Kebajikan Cahaya Kasih, Sarawak. KK Hj Abg Abd Manaf berharap bantuan sumbangan ini nanti akan dapat digunakan dengan sebaik mungkin demi kesejahteraan penduduk. Katil ini akan dipinjamkan kepada mana-mana penduduk Kampung Tengah yang memerlukannya. Diharapkan agar usaha-usaha bantuan daripada NGO akan dapat terus dipertingkatkan bagi memastikan penduduk terus disantuni.


SUMBANGAN BAKUL MAKANAN KEPADA WARGA EMAS KAMPUNG TENGAH BETONG
Pihak JKKK Kampung Tengah Betong dengan kerjasama Briged Bakti Malaysia Cawangan Betong akan melaksanakan agihan sumbangan bakul makanan kepada warga emas di Peringkat Kampung Tengah Betong.
Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan/puan seperti pada senarai di bawah, hadir ke Perkarangan Surau Darul Dakwah Kampung Tengah Betong pada esok, 03 Ogos 2022 ( Rabu ) bermula jam 9.30 pagi bagi menerima sumbangan tersebut.
Senarai penerima sumbangan bakul makanan :
1.Rasnah bt Omar
2.Faridah bt Rajuna
3.Ahim bin Husin
4.Rakayah bt Kentol
5.Dyg liana bt Abg Alwi
6.Saidah bt Sahari
7.Dyg umang bt Abg zaini
8.Rafiaah bt Tahir
9.Mohd Jaya bin Ismail
10.chee bin Abdullah
11.Hasmah bt Abdullah
12.Abu bin Lungkom
13.Hajijah bt Tahir
14.Sairah bt kasem
15.Dyg Luyah bt Abg sabeli
Pihak penganjur tidak dapat merangkumi keseluruhan warga emas atas faktor bantuan terhad.
SUMBANGAN BAKUL MAKANAN WARGA EMAS KAMPUNG TENGAH BETONG
03 Ogos 2022 - Pihak JKKK Kampung Tengah Betong berbesar hati menerima sumbangan berupa barangan keperluan harian yang diagih agihkan kepada warga emas di Kampung Tengah Betong. Bantuan disumbangkan oleh Briged Bakti Malaysia dan Persatuan Kebajikan Cahaya Kasih, Sarawak. Seramai 15 orang penerima warga emas dari Kampung Tengah Betong menerima bantuan tersebut yang disampaikan oleh wakil persatuan iaitu Puan Helen Steward serta turut disaksikan oleh KK Hj Abg Abd Manaf dan Encik Wan Halmi bin Wan Omar selaku setiausaha Briged Bakti Malaysia. Disamping itu, pihak persatuan turut menyumbang sebuah katil pesakit untuk kegunaan penduduk di Kampung Tengah. Sebagai permulaan, katil ini akan dipinjamkan kepada Puan Saerah binti Kassem.






KURSUS PEMANTAPAN KEPIMPINAN KETUA KAUM DAN KETUA MASYARAKAT N.36 LAYAR SIRI 1
29 Julai 2022 - JKKK Kampung Tengah Betong berbesar hati atas jemputan hadir ke Kursus Pemantapan Kepimpinan Ketua Kaum dan Ketua Masyarakat N.36 Layar yang diadakan pada 29 hingga 31 Julai 2022 bertempat di Damai Beach Resort, Santubong. Kursus tersebut dilaksanakan bagi memberikan pendedahan corak kepimpinan masa kini serta cabaran yang dihadapi. Peserta juga didedahkan dengan pelbagai teknik pengurusan kepimpinan yang berkesan dan mapan. Disamping itu, peserta juga diberikan peluang untuk membuat pembentangan berkenaan cadangan projek-projek pembangunan yang boleh dilaksana di peringkat komuniti masing-masing.
SUMBANGAN IKHLAS JKP SURAU DARUL DAKWAH KEPADA WARIS ALLAHYARHAMAH FAUZIAH BINTI ABDULLAH ( ISTERI SEMAN BIN MUS )
26 Julai 2022 - Pihak JKP Surau Darul Dakwah Kampung Tengah Betong telah menyampaikan sumbangan ikhlas kepada waris keluarga Allayarhamah Fauziah binti Abdullah ( Isteri Seman bin Mus ) dalam satu majlis ringkas bertempat di Surau Darul Dakwah. Sumbangan disampaikan oleh Abang Shafie bin Abang Mornie, pengerusi JKP Surau Darul Dakwah kepada anak allahyarhamah serta disaksikan oleh Sarip bin Liam, Bendahari JKP, Abdull Rahman bin Ismail, Imam Surau Darul Dakwah dan Ust Rohimi. Majlis tahlil juga dilaksanakan di Surau Darul Dakwah atas permintaan daripada keluarga allahyarhamah...Seluruh pengurusan Kampung Tengah Betong merakamkan ucapan takziah kepada waris keluarga Allahyarhamah..









SUMBANGAN KHAIRAT KEMATIAN PENDUDUK KAMPUNG MELAYU BETONG DARIPADA PERSATUAN PENDUDUK KAMPUNG MELAYU BETONG ( PPKMB )
26 Julai 2022 - Persatuan Penduduk Kampung Melayu Betong ( PPKMB ) telah melaksanakan sumbangan khairat kematian kepada waris penduduk yang telah meninggal dunia sepanjang tahun 2022 ini. Majlis penyampaian wang tunai telah dilaksanakan dari rumah ke rumah penduduk yang terlibat, disampaikan oleh KK Hj Abg Abd Manaf, yang juga merupakan timbalan pengerusi PPKMB serta diiringi oleh ahli jawatankuasa tertinggi PPKMB. Persatuan mengharapkan agar sumbangan kecil ini mampu meringankan bebanan penduduk yang kehilangan ahli keluarga tersayang.
Kepada tuan/puan yang ingin menyertai persatuan, sila lengkapkan borang keahlian secara atas talian melalui pautan di bawah;



MESYUARAT KHAS PERSEDIAAN AKTIVITI JKKK KAMPUNG TENGAH BETONG SEPANJANG OGOS 2022
23 Julai 2022 - Sekali lagi kami berkumpul bagi membincangkan beberapa tindakan yang perlu dilaksana oleh JKKK Kampung Tengah Betong sepanjang bulan Ogos yang akan datang. Perbincangan adalah melibatkan persediaan penyertaan pelajar ke Program Motivasi anjuran JK Kebajikan Kampung Melayu Betong, serta persediaan perjumpaan KK bersama pihak Pejabat Tanah dan Survei Bahagian Betong. Sesungguhnya kami amat mengutamakan semangat musyawarah sesama ahli bagi memastikan segala keputusan adalah yang terbaik dan berkualiti demi pembangunan Kampung Tengah Betong.




KURSUS TANAMAN FERTIGASI DAN HIDROPONIK PERINGKAT KAMPUNG MELAYU BETONG
Program ini dilaksana adalah untuk mencapai objektif berikut;
1.Mampu mengaplikasi kemahiran pertanian dalam kehidupan seharian.
2.Menjana ekonomi keluarga.
Membina keyakinan untuk berusaha meningkatkan taraf hidup melalui amalan pertanian moden.
3.Membina dan memupuk daya keusahawanan dalam kalangan peserta.
OUTCOME
Dengan pelaksanaan program ini adalah diharapkan agar peserta dapat mengaplikasikan ilmu pengetahuan yang diperolehi dalam menjalani kehidupan yang semakin mencabar pada masa kini. Diharapkan juga semua peserta dapat melaksanakan projek tanaman fertigasi secara berkelompok dengan bantuan dana dan peralatan daripada pihak kerajaan.
PELAKSANAAN
Tarikh program ialah pada 16 Julai 2022 ( Sabtu ) bermula jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang bertempat di Dewan Al-Husna, Masjid Jamek Betong. Kampung Tengah Betong diwakili oleh:
-Suzana binti Hj Edit
-Fatimah binti Chiee
-Mior Radzi bin Spawi
-Shafarina binti Awi
-Faridah bt Abdull Rahman
-Abg Nurjayadi
-Sarip bin Liam
-Hamidah bt Apong
-Jelia binti Hashim
-Aspalila bt Alin
ANJURAN
Persatuan Warga Islam Saribas ( PERWARIS ) dan Jawatankuasa Ketua-Ketua Kampung, Kampung Melayu Betong
TAKLIMAT PROJEK BAIK PULIH RUMAH DI BAWAH PPRMS FASA 2 TAHUN 2022
14 Julai 2022 - Satu taklimat ringkas telah diadakan bersama penerima projek Baik Pulih Rumah PPRMS Fasa 2 bagi Kampung Tengah Betong. Antara perkara yang diberikan penekanan ialah kesungguhan peserta dalam menyelesaikan projek dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Setiap peserta projek juga dimohon untuk menyediakan 3 keping gambar iaitu sebelum, semasa dan selepas projek untuk tujuan laporan.
SENARAI PENERIMA PROJEK BAIK PULIH (RM3,500.00) DI BAWAH PPRMS FASA 2 PERINGKAT KAMPUNG TENGAH BETONG TAHUN 2022;
1.NORLIDA BINTI ABANG
2.JOPLI BIN MOS
3.PARAWANSAKTI BINTI BELI
4.DAYANG MISSIAH BINTI ABANG ZAINI
5.DAYANG ASPALELA BINTI ABANG KUSHAIRI
*Kadar bantuan telah dinaikkan kepada RM 3,500.00 atas faktor kenaikan harga barangan. Rentetan daripada itu juga dimaklumkan bahawa senarai penerima telah dikurangkan daripada 6 kepada 5 peserta sahaja untuk setiap fasa.




MAJLIS KESYUKURAN JKKK KAMPUNG TENGAH BETONG
13 Julai 2022 - JKKK Kampung Tengah telah mengadakan majlis kesyukuran bersama semua AJK dan para pemain KATENGAH FT sebagai tanda penghargaan dan merapatkan ukhwah terutamanya bersama belia-belia Kampung Tengah Betong. KK Hj Abg Abd Manaf dalam amanatnya menyeru agar belia-belia kampung dapat terlibat secara aktif dalam setiap aktiviti anjuran JKKK Kampung Tengah. Beliau amat mengharapkan agar belia dapat merancang pelbagai aktiviti sihat serta berfaedah bagi mengelak terlibat dengan najis dadah. Beliau turut memberikan jaminan bahawa JKKK Kampung Tengah akan sentiasa memberikan sokongan sama ada dari segi tenaga dan dana dalam usaha memperkasakan belia di Kampung Tengah Betong. Beliau menyeru agar belia-belia Kampung Tengah dapat membentuk satu pasukan yang mantap sebagai persediaan menghadapi pelbagai jenis pertandingan sukan sama ada anjuran NGO atau peringkat Kampung Melayu Betong.
JKKK KAMPUNG TENGAH BETONG MENYOKONG AKTIVITI BELIA
12 Julai 2022 - JKKK Kampung Tengah Betong amat menyokong setiap aktiviti yang menyihatkan terutamanya melibatkan belia. Berdasarkan bancian yang telah dilaksanakan oleh pihak JKKK Kampung Tengah, mendapati kira-kira 28.10 % penduduk adalah terdiri daripada kategori belia yang merupakan kumpulan kedua terbesar di Kampung Tengah Betong. Menyedari akan pentingnya belia ini dipelihara daripada anasir-anasir tidak sihat seperti penyalahgunaan dadah, maka pihak JKKK amat menyokong segala usaha kerajaan dan agensi berkaitan dalam merangka program pembangunan belia. Antara aktiviti yang boleh dilaksana termasuklah menyokong penyertaan belia dalam pelbagai pertandingan sukan sama ada peringkat dalam dan luar kampung.Kami juga amat mengalu-alukan penglibatan agensi berkaitan agar dapat bekerjasama dengan kami dalam melaksanakan pelbagai aktiviti terutamanya melibatkan belia. Dan usaha ini secara tidak langsung menyokong fungsi One Stop Committee (OSC) bagi Menangani Isu Dadah dan Substance (MIDS) Peringkat Kampung Tengah Betong.







SUMBANGAN LEMBU DARIPADA MOHD MOHADIRUDDIN BIN SEMAIN KEPADA PENDUDUK KAMPUNG TENGAH BETONG
10 Julai 2022 - Pengerusi,ahli jawatankuasa JKKK Kampung Tengah Betong serta seluruh penduduk Kampung Tengah Betong amat berbesar hati menerima sumbangan lembu daripada Encik Mohd Mohadiruddin bin Semain, Pengurus Mohafiza Engineering Sdn Bhd yang juga merupakan anak kelahiran Kampung Melayu Betong. Majlis akad penyerahan telah dilaksanakan oleh Encik Mohd Mohadiruddin dan diterima oleh KK Hj Abg Abd Manaf mewakili seluruh penduduk Kampung Tengah Betong. Didoakan semoga beliau dan keluarga sentiasa diberikan kesihatan yang berpanjangan serta dimurahkan rezeki oleh Allah S.W.T





SUMBANGAN FOOD BASKET KEPADA PENDUDUK KAMPUNG TENGAH BETONG
09 Julai 2022 - Pihak JKKK Kampung Tengah Betong telah menyempurnakan program Sumbangan kepada golongan warga emas, asnaf dan ibu tunggal Peringkat Kampung Tengah Betong. Sumbangan berupa barangan keperluan telah disampaikan oleh KK Hj Abg Abd Manaf kepada penduduk yang terlibat. Senarai penerima sumbangan adalah seperti berikut;
(Sumbangan daripada Briged Sukarelawan Bahagian Betong)
1.Norlela binti Heepni
2.Saida binti Hj Edit
3.Dyg Seri Sunti bt Abg Nurol
4.Ebek binti Sait
(Sumbangan daripada JKKK Kampung Tengah Betong )
1.Hanipah binti Hj Edit
2.Rafiaah bt Tahir
3.Amin bin Han
4.Dyg Liana bt Abg Alwi
5.Hjh Tiah bt Drahman
6.Dyg Fatimah bt Abg Yaman


TERIMA KASIH YB DATO GERALD RENTAP JABU
09 Julai 2022 - Pihak JKKK Kampung Tengah Betong berbesar hati atas kunjungan YB Dato Gerald Rentap Jabu ke Kampung Tengah Betong bersempena program Simbolik Penyerahan Lembu Peringkat Kampung Melayu Betong. Di atas kesempatan itu, pihak JKKK Kampung Tengah telah mengadakan perbincangan ringkas mengenai hasrat JKKK untuk projek pembinaan rumah JKKK Kampung Tengah Betong. Semoga hasrat ini dapat dicapai berkat sokongan padu daripada YB Dato Gerald Rentap Jabu





GOTONG ROYONG JKKK KAMPUNG TENGAH BETONG MENYEMPURNAKAN PROSES PENYEMBELIHAN LEMBU SUMBANGAN YB DATO GERALD RENTAP JABU
09 Julai 2022 - JKKK Kampung Tengah Betong secara bergotong royong telah menyempurnakan aktiviti penyembelihan lembu yang disumbangkan oleh YB Dato Gerald Rentap Jabu yang juga merupakan ahli DUN N.36 Layar. Aktiviti penyembelihan telah dimulakan pada jam 8 pagi bertempat di kawasan Kampung Hilir Betong dan seterusnya bahagian lembu di bawah ke perkarangan Surau Darul Dakwah untuk proses melapah. YB Dato serta rombongan juga telah sudi meluangkan masa untuk bersama-sama menyaksikan aktiviti ini. Daging lembu telah diagih-agihkan kepada semua Ketua Isi Rumah di Kampung Tengah Betong. Pihak JKKK Kampung Tengah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas sumbangan lembu daripada pihak YB Dato. Tidak lupa juga ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Mohamad bin Duri, ahli DUN Kabong atas sumbangan kambing kepada penduduk Kampung Tengah Betong.
MESYUARAT KHAS PENGURUSAN LEMBU SUMBANGAN YB BERSEMPENA HARI RAYA AIDIL ADHA
Telah dilaksanakan pada;
Tarikh: 04 Julai 2022 ( Isnin )
Masa: 8.30 malam
Tempat: Kediaman KK Hj Abg Abd Manaf
Agenda mesyuarat:
-Perbincangan pengurusan lembu
-Perbincangan aktiviti JKKK Kampung Tengah sempena Hari Raya Aidil Adha
-Hal-hal lain




AKTIVITI JKKK KAMPUNG TENGAH BETONG SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL ADHA TAHUN 2022
Tarikh aktiviti : 09 Julai 2022 ( Sabtu )
Masa: bermula jam 8 pagi
Tempat : Perkarangan Surau Darul Dakwah, Kampung Tengah Betong
Aktiviti:
-Penyembelihan dan melapah daging lembu
-Agihan daging lembu kepada penduduk
-Agihan Food basket



KUNJUNGAN HORMAT PERWARIS KEPADA PENGHULU KAMPUNG MELAYU BETONG
30 Jun 2022 - JK Ketua-ketua Kampung, Kampung Melayu Betong telah menerima kunjungan mesra daripada wakil Persatuan Warga Islam Saribas (PERWARIS) yang diadakan bertempat di kediaman ayahanda Penghulu Abang Suhailie bin Abang Pay. Antara fokus utama perjumpaan ialah bagi membincangkan penganjuran Kursus Fertigasi bagi penduduk Kampung Melayu Betong. Disamping itu, ia juga menjadi sesi bertukar-tukar pendapat bagi tujuan pembangunan modal insan terutamanya di Kampung Melayu Betong.
SUMBANGAN BRIGED BAKTI MALAYSIA BAHAGIAN BETONG KEPADA ENCIK MAHIDI ANTIK
29 Jun 2022 - Pihak JKKK Kampung Tengah Betong berbesar hati menerima sumbangan bantuan daripada Briged Bakti Malaysia Bahagian Betong. Sumbangan tersebut adalah untuk diserahkan kepada Encik Mahidi bin Antik yang kini terlantar sakit di rumah beliau. Sumbangan seperti susu, pampers dan tilam telah disampaikan oleh Encik Wan Halmi bin Wan Omar selaku Setiausaha Briged Bakti Malaysia Bahagian Betong kepada keluarga Mahidi bin Antik.




MESYUARAT PENGURUSAN JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG ( JKKK ) KAMPUNG TENGAH BETONG BILANGAN 2 TAHUN 2022
29 Mei 2022 -Pelbagai laporan aktiviti serta kedudukan kewangan JKKK telah disentuh dalam mesyuarat tersebut. Disamping itu, beberapa projek serta bantuan kepada penduduk juga telah dibincangkan secara bersama. Diharapkan JKKK Kampung Tengah Betong kekal istiqamah serta berada di landasan yang betul bagi memastikan pengurusan Kampung Tengah bersistematik dan bersedia menghadapi sebarang cabaran.
ZIARAH JKKK KAMPUNG TENGAH BETONG KEPADA ENCIK MAHIDI BIN ANTIK
30 Mei 2022 - JKKK Kampung Tengah Betong telah mengadakan ziarah kepada Encik Mahidi bin Antik yang menderita sakit kanser di kediaman beliau di Kampung Tengah Betong. Pihak JKKK Kampung Tengah Betong simpati dengan nasib yang menimpa Encik Mahidi serta bertekad akan memastikan beliau dan keluarga mendapat bantuan yang diperlukan daripada pelbagai agensi berkaitan. Pihak JKKK turut menyampaikan bantuan tunai kepada beliau.






TAKLIMAT RINGKAS PERSEDIAAN PENUBUHAN KOPERASI KAMPUNG TENGAH BETONG
07 Jun 2022- JKKK Kampung Tengah Betong berhasrat untuk menubuhkan Koperasi Kampung Tengah Betong yang bertujuan untuk menjana pendapatan serta meningkatkan taraf ekonomi orang melayu terutamanya di Kampung Tengah Betong. Satu sesi penerangan ringkas yang disampaikan oleh saudara Mohamad Suandi bin Hj Mortadza, Pensyarah Kanan Institut Koperasi Malaysia ( IKMa ) Zon Sarawak. Antara lain beliau menyatakan bahawa usaha menubuhkan koperasi adalah satu hasrat mulia yang perlu mendapat sokongan semua penduduk. Beliau juga menekankan agar usaha penubuhan koperasi ini dapat diperjuangkan sehingga berjaya, jangan ibarat hangat-hangat tahi ayam.




GOTONG ROYONG KAMPUNG TENGAH BETONG
12 Jun 2022 - Program gotong royong Kampung Tengah Betong telah dilaksanakan dengan jayanya. Antara objektif program ialah menyediakan kawasan kampung yang indah, ceria dan bersih. Fokus utama aktiviti ialah menambah bilangan pasu bunga serta membersihkan kawasan sekitar bahu jalan di Kampung Tengah Betong.



PROGRAM KEUSAHAWANAN TANAMAN HIDROPONIK
23 Jun 2022 - Pihak JKKK Kampung Tengah Betong telah menyertai Program Keusahawanan Tanaman Hidroponik anjuran Digital Community Centre dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara bertempat di Perpustakaan Awam Majlis Daerah Betong. Diharapkan ilmu yang telah dicurahkan dapat dikongsi bersama bagi memastikan matlamat menjadikan Kampung Tengah Betong sebagai mini hub pengeluaran tanaman sayuran di Betong. JKKK Kampung Tengah diwakili oleh Puan Rabayah Mos, Puan Suzana Edit dan Encik Abg Sulaiman bin Abg Zaini.


PROGRAM MEMASAK DAN PENGAGIHAN BUBUR LAMBUK KAMPUNG TENGAH BETONG 2022
14 April 2022 - Program memasak dan pengagihan bubur lambuk anjuran bersama Balai Bomba dan Penyelamat Betong, Bank Rakyat Betong dan JKKK Kampung Tengah Betong telah berjaya dilaksanakan dalam suasana yang penuh meriah. Kolaborasi seperti ini membuktikan bahawa penduduk Kampung Tengah bersedia menerima kerjasama daripada pelbagai pihak dari luar.Amalan bergotong royong terus disuburkan dengan aktiviti seperti ini. Selain daripada agihan kepada penduduk Kampung Tengah, pemberian bubur lambuk juga diberikan kepada agensi-agensi kerajaan sekitar Betong. Turut hadir memeriahkan aktiviti ini ialah Pegawai Menguasa Balai Bomba dan Penyelamat Betong .
NGETEH BERSAMA INSPIRASI KAMPUNG TENGAH BETONG
10 April 2022 - Pihak pengurusan Kampung Tengah Betong berasa amat bertuah kerana berkesempatan bertukar-tukar pandangan serta buah fikiran bersama Yang Berbahagia Tuan Ir.Ahmad Denney bin Haji Ahmad Fauzi, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sarawak. Tuan Ir.Ahmad Denney yang juga merupakan anak kelahiran Kampung Tengah Betong telah memberikan pandangan dan nasihat sebagai panduan pengurusan kampung yang progresif, matang dan berani menghadapi perubahan ke arah kebaikan. Dalam pada itu, beliau turut berharap agar pihak pengurusan Kampung Tengah Betong dapat terus memainkan peranan yang aktif dalam menyuarakan hasrat dan kehendak penduduk demi kepentingan orang melayu amnya. Pihak pengurusan Kampung Tengah berhasrat mengadakan lebih banyak perjumpaan seperti ini bersama inspirasi yang telah berjaya mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing.




SUMBANGAN BARANGAN KEPERLUAN KEPADA PENDUDUK KAMPUNG TENGAH BETONG YANG MENGHIDAPI PENYAKIT KRONIK
11 April 2022 - Pihak Sarawak Economic Development Corporation ( SEDC ) Cawangan Betong telah menyampaikan sumbangan kepada penduduk Kampung Tengah Betong yang menghidapi penyakit kronik. Sumbangan tersebut disampaikan oleh Encik Aizat selaku pengurus Pusat Inkubator dan Bimbingan Usahawan ( PIBU ) Betong mewakili staff muslim SEDC Betong. Dua orang penduduk Kampung Tengah Betong yang menerima sumbangan tersebut ialah Puan Maliah binti Sahari dan Puan Sairah binti Kasem.



MESYUARAT PERTAMA JAWATANKUASA PENGELOLA MAJLIS RAMAH TAMAH AIDIL FITRI KAMPUNG MELAYU BETONG TAHUN 2022
09 April 2022 - Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Pengelola Majlis Ramah Tamah Kampung Melayu Betong telah diadakan dengan jayanya dengan dipengerusikan oleh ayahanda penghulu Abang Suhailie bin Abang Pay bertempat di Dewan Al-Husna Masjid Jamek Betong. Penganjuran pertama kali semenjak pandemik COVID-19 melanda dunia 2 tahun kebelakangan ini tidak menjejaskan semangat ahli jawatankuasa dalam usaha memberikan komitmen yang tinggi menjayakan majlis ramah tamah pada kali ini. Berkonsepkan gerai terbuka, penganjuran kali ini diharap dapat diraikan dengan penuh kemeriahan, apatah lagi ramai anak perantau kampung melayu Betong dapat meraikan sambutan hari raya bersama keluarga tersayang. JKKK Kampung Tengah diwakili oleh KK Hj Abang Abd Manaf, Encik Abang Nurjayadi dan Puan Norsiah Hj Rajuna, turut sama hadir mewakili pengurusan Kampung Tengah Betong ke mesyuarat tersebut.
PERMOHONAN PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT TERMISKIN ( PPRT ) KINI DIBUKA
LATAR BELAKANG
Menerusi Rancangan Malaysia Ke Sebelas (RMKe11), Teras Kedua : Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat, program SPKR diteruskan sebagai salah satu touch point utama Kerajaan yang sentiasa prihatin menjaga kesejahteraan dan mendahulukan kebajikan rakyat.
SPKR merupakan salah satu program pembasmian kemiskinan luar bandar dalam memastikan kumpulan sasar (miskin dan miskin tegar) dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan lebih baik.
Komponen SPKR meliputi bantuan rumah PPRT, program latihan kemahiran dan program peningkatan pendapatan yang membentuk suatu pakej nilai tambah untuk memperkasa dan memberi keupayaan kumpulan sasar membentuk jati diri, menjana pendapatan sendiri selain memiliki kediaman yang selamat dan selesa.
OBJEKTIF
Meningkatkan kualiti hidup keluarga miskin tegar dan miskin dengan membina atau membaik pulih rumah bagi menyediakan tempat kediaman yang lebih selamat dan selesa sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga
SKOP BANTUAN
Skop PPRT terbahagi kepada 2 kategori, iaitu:
a.Bina Baharu
-Bantuan pembinaan rumah baharu kepada penerima yang tidak mempunyai rumah atau rumah yang didiami terlalu uzur, tidak selamat diduduki dan tidak ekonomik untuk dibaiki.
b.Baik Pulih
Baik pulih melibatkan 3 elemen berikut, iaitu:
-Penyelenggaraan;
-Penambahbaikan; dan
-Requisition;
KUMPULAN SASAR
• Kumpulan sasar PPRT adalah Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar dan miskin yang ditentukan berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa yang berkuat kuasa.
• Kriteria kumpulan sasar penerima bantuan PPRT yang LAYAK adalah seperti berikut:
1. disahkan sebagai miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih); atau
2. diperaku dan disahkan layak oleh Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (FGD) atau Negeri (FGN) atau jawatankuasa yang setara dengannya di peringkat negeri; atau
3. diperaku oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan; atau
4. diperaku oleh jawatankuasa di peringkat Kementerian
Syarat bantuan Bina Baharu diberikan kepada peserta yang:
• tidak mempunyai rumah;
• rumah yang didiami terlalu uzur dan tidak selamat didiami;
• tidak ekonomik untuk dibaiki;
• memiliki tanah sendiri (pemilikan penuh); atau
• pemilikan tanah sebahagian atau mendapat kebenaran menggunakan tanah daripada Tuan Tanah (tanah atas milik ibu/bapa/adik-beradik/saudara-mara yang mempunyai pertalian darah dengan pemohon atau tanah Kerajaan atau tanah wakaf) dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah seperti di Lampiran B).
Syarat bantuan Baik Pulih:
• Bantuan diberikan kepada peserta yang mempunyai rumah yang uzur atau rosak disebabkan oleh bencana dan masih ekonomik untuk dibaiki.
• Mendapat kebenaran untuk membaik pulih bagi kes menumpang tanah milik orang lain/tanah milik sebahagian/tanah Kerajaan dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah seperti di Lampiran B.
Selain memenuhi kriteria-kriteria kelayakan di atas, keutamaan bantuan diberikan kepada:
• warga emas;
• orang kurang upaya (OKU);
• ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan ramai;
• mangsa bencana yang berskala kecil; dan
• Keutamaan pelaksanaan program adalah kepada negeri-negeri dan daerah yang mempunyai kadar kemiskinan tegar yang
BAGAIMANA MEMOHON?
Borang permohonan boleh diperolehi daripada :
KK Haji Abang Abdul Manaf
Abang Nurjayadi bin Abang Kushairi
Mohd Abas bin Hussin
Borang yang telah dilengkapisi, hendaklah dikembalikan kepada KK Haji Abang Abdul Manaf beserta dengan dokumen sokongan seperti berikut;
-Salinan Kad Pengenalan KIR
-Salinan Geran Tanah
-Kebenaran menumpang tanah ( jika berkaitan )
Sekian, terima kasih.
SETIAUSAHA JKKK KAMPUNG TENGAH BETONG
PENDAFTARAN KIR KE DALAM SISTEM E-KASIH PERINGKAT KAMPUNG TENGAH BETONG
Apakah eKasih?
eKasih adalah sistem Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profail individu, program / bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program / bantuan yang diterima.
Jenis Bantuan Yang Boleh Diterima Individu Yang Berdaftar Dengan e-Kasih
1. Program MyKasih
2. Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)
3. I-Suri (Insentif RM480 KWSP)
4. Bantuan JKM
Syarat Kelayakan
Bagi memohon bantuan eKasih , seseorang dikira layak apabila tergolong dalam yang berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa, iaitu kira-kira RM1,500 (bandar) atau RM1,000 (luar bandar) sebulan.
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah (bulanan) yang disediakan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) setiap dua tahun sekali.
Semakan Status eKasih 2022
Semakan status eKasih boleh dibuat secara online melalui pautan berikut: https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/CarianAwam/Pages/default.aspx
BAGAIMANA MEMOHON?
Borang permohonan boleh diperolehi daripada :
KK Haji Abang Abdul Manaf
Abang Nurjayadi bin Abang Kushairi
Mohd Abas bin Hussin
Borang yang telah dilengkapisi, hendaklah dikembalikan kepada KK Haji Abang Abdul Manaf
SETIAUSAHA JKKK KAMPUNG TENGAH BETONG
JEMPUTAN MAJLIS TAHLIL DAN DOA SELAMAT SEMPENA SAMBUTAN RAMADHAN 1443H PERINGKAT KAMPUNG TENGAH BETONG
Dengan penuh takzimnya JKP Surau Darul Dakwah menjemput semua penduduk Kampung Tengah Betong untuk sama-sama mengimarahkan majlis tersebut yang akan diadakan seperti pada ketetapan berikut;
Tarikh: 01 April 2022 ( Jumaat )
Masa: 4.15 petang ( Selepas Solat Asar )
Tempat: Surau Darul Dakwah, Kampung Tengah Betong
Untuk makluman bersama, konsep jamuan adalah secara dulang. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama penduduk untuk menyedia dan membawa bersama dulang masing-masing semasa hadir ke majlis ini nanti. Disarankan dulang disediakan ke dalam bekas pakai buang. Pihak JKP akan menyediakan 2 tempat hidangan iaitu di tingkat bawah surau dan khemah di hadapan surau.
Semoga dengan kehadiran tuan/puan akan lebih mengimarahkan lagi majlis tersebut. Atas kesempatan ini juga pihak JKP Surau Darul Dakwah mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN kepada semua penduduk di Kampung Tengah Betong.

KUNJUNG HORMAT AMANITA PDRM BETONG KE KAMPUNG TENGAH BETONG
29 Mac 2022- Pihak JKKK Kampung Tengah amat berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada rombongan AMANITA IPD Betong. Antara tujuan kunjungan ialah bagi membincangkan peluang kolaborasi aktiviti yang boleh dilakukan bersama pihak AMANITA IPD Betong serta merapatkan perhubungan antara PDRM bersama masyarakat setempat. Selaras dengan slogan Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada, kerjasama seperti ini diharap dapat membantu meningkatkan peranan wanita sebagai mata dan telinga PDRM dalam menangani permasalahan sosial yang berlaku terutamanya di Kampung Tengah Betong.




SUMBANGAN BARANGAN KEPERLUAN IBU TUNGGAL DARIPADA SEDC CAWANGAN BETONG
29 Mac 2022 - Sarawak Economic Development Corporation ( SEDC) Cawangan Betong telah meluangkan masa menyampaikan sumbangan kepada 2 orang penerima daripada Kampung Tengah Betong. Sumbangan dalam bentuk barangan keperluan harian telah disampaikan kepada Puan Sairah binti Kasem dan Puan Maliah binti Sahari di kediaman masing-masing. Sesi lawatan turut diiringi oleh Hj Abg Abd Manaf bin Abg Zaini, Ketua Kampung Tengah Betong. Semoga bantuan seperti ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang melibatkan lebih ramai agensi berkaitan.






PROGRAM DESA HIJAU KAMPUNG TENGAH BETONG
26 Mac 2022 - Program Desa Hijau Kampung Tengah Betong adalah satu projek untuk mencantikkan landskap serta mengindahkan suasana di Kampung Tengah Betong. Pihak JKKK Kampung Tengah Betong dengan kerjasama Majlis Daerah Betong telah bekerjasama dalam memastikan kejayaan pelaksanaan projek sulung bagi Kampung Tengah Betong ini. Antara objektif pelaksanaan program ini ialah menjadikan Kampung Tengah Betong sebagai kampong contoh dari segi kebersihan dan keceriaan serta memberi galakan kepada penduduk agar sentiasa mengambil berat tentang aspek kebersihan dan keceriaan halaman rumah masing-masing.
Semua ahli jawatankuasa serta penduduk kampong berkumpul di perkarangan Surau Darul Dakwah sebelum bergerak memulakan aktiviti. Ia turut disertai oleh Skuad Sukarelawan Pejabat Kebajikan Bahagian Betong yang diketuai oleh Puan Razemah, Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian Betong. Fokus aktiviti ialah melaksanakan projek tanaman pokok bunga dalam pasu serta menyusun atur pasu di bahu jalan dalam kawasan Kampung Tengah Betong
Program telah disempurnakan oleh Cr Suib bin Pa’aie selaku mewakili pengerusi Majlis Daerah Betong serta diiringi oleh barisan konselar daripada Majlis Daerah Betong.
Aktiviti ini telah dijayakan oleh JKKK Kampung Tengah Betong dengan kerjasama yang jitu daripada penduduk Kampung Tengah Betong serta turut disokong oleh Skuad Sukarelawan Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Betong.
Semua
Ketua Isi Rumah ( KIR )
Kampung Tengah Betong
Tuan/puan,
PROGRAM DESA HIJAU KAMPUNG TENGAH BETONG
Dimaklumkan bahawa JKKK Kampung Tengah Betong dengan kerjasama Majlis Daerah Betong akan mengadakan Program Desa Hijau Kampung Tengah Betong. Objektif program adalah untuk mewujudkan suasana kampung yang indah, bersih serta menarik. Aktiviti utama program ialah aktiviti gotong-royong penyediaan dan susun atur pasu di kawasan Kampung Tengah Betong.
Sehubungan dengan itu, Ketua Isi Rumah atau seorang wakil daripada setiap rumah adalah dimohon hadir bersama-sama menjayakan program tersebut yang akan diadakan pada:
Tarikh :26 Mac 2022 ( Sabtu ).
Masa : 10.00 pagi.
Tempat:Perkarangan Surau Darul Dakwah Kampung Tengah.
Nota:Sila gunakan pakaian dan peralatan yang sesuai untuk aktiviti ini.
Jamuan:Pihak pengelola akan menyediakan minum rehat dan makan tengah hari sepanjang program berlangsung.
Atas sokongan tuan/puan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
bp:Pengerusi JK Pengelola Program Desa Hijau Kampung Tengah Betong Tahun 2022










PROGRAM GOTONG ROYONG DAN MEMASAK BUBUR LAMBUK PERINGKAT KAMPUNG TENGAH BETONG
05 Mac 2022 - Berpegang pada slogan “ Kampung Bersih, Masyarakat Sihat “ , maka pihak JKKK Kampung Tengah Betong telah mengambil inisiatif mengadakan Program Gotong Royong Penduduk Kampung Tengah Betong pada 05 Mac 2022 bertempat di sekitar Kampung Tengah. Antara matlamat program ialah menyediakan kawasan kampong yang bersih, indah dan menarik serta menanam sifat cintakan kebersihan di kalangan penduduk. Disamping itu, aktiviti gotong royong memasak bubur lambuk juga diadakan bertujuan untuk menanam sifat bekerjasama serta bergerak sebagai satu organisasi bagi menjayakan sesuatu matlamat. Ia juga dapat mengeratkan tali silaturrahim antara penduduk dengan penganjuran aktiviti gotong royong seperti ini.
KAEDAH PELAKSANAAN
Semua ahli jawatankuasa serta penduduk kampong berkumpul di perkarangan Surau Darul Dakwah sebelum bergerak memulakan aktiviti. Ia turut disertai oleh 6 orang pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Betong yang diketuai oleh Ketua Balai Encik Vincent Baling Yabi. Fokus aktiviti ialah membersihkan kawasan sekitar jalan utama di Kampung Tengah, membersih Dewan Serbaguna, membersih sistem perparitan di hadapan surau serta kawasan sekitar surau.
Pihak AJK wanita yang diketuai oleh Puan Norsiah bt Rajuna juga bergotong royong menyediakan bubur lambuk serta jamuan kepada penduduk serta pegawai bomba yang terlibat. Bubur lambuk seterusnya telah diagih-agihkan kepada kesemua Ketua Isi Rumah yang terdapat di Kampung Tengah Betong.
Program telah dirasmikan oleh Cr Horace ak Entoi, Pegawai Pusat Khidmat DUN Layar. Turut hadir dalam program ini ialah Ketua Balai Encik Vincent Baling Yabi, ayahanda Penghulu Abang Suhailie bin Abang Pay serta KK Hj Abg Abd Manaf.






PROGRAM BANCIAN PENDUDUK PERINGKAT KAMPUNG TENGAH BETONG TAHUN 2022
26 - 27 Februari 2022 - Antara objektif program bancian penduduk adalah seperti berikut;
-Menyediakan data penduduk yang tepat dan sahih serta dapat dijadikan rujukan oleh agensi-agensi berkaitan.
-Membolehkan pihak JKKK mengenalpasti sebarang permasalahan yang diajukan oleh penduduk semasa proses bancian.
-Mengenalpasti komposisi sebenar penduduk sama ada dari segi usia, pendapatan dan sebagainya.
-Memudahkan pengurusan permohonan pelbagai jenis bantuan oleh pihak kerajaan atau swasta.
Sehubungan dengan itu, kerjasama semua penduduk adalah dimohon menjayakan program bancian yang akan dilaksanakan seperti pada ketetapan berikut:
Pihak JKKK Kampung Tengah Betong akan bergerak dari rumah ke rumah penduduk untuk mendapatkan maklumat. Dimaklumkan bahawa segala maklumat yang dibekalkan oleh penduduk adalah SULIT dan ia hanya digunakan untuk tujuan pembangunan dan pengagihan bantuan peringkat Kampung Tengah Betong. Sepanjang proses bancian, penduduk adalah dipelawa memberikan sebarang cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksana di kawasan sekitar rumah tuan/puan.
PENGIKTIRAFAN SUMBANGAN ORANG MELAYU DALAM PEMBANGUNAN BETONG
14 Februari 2022 - Pihak JKKK Kampung Tengah Betong berbesar hati atas pengikrirafan yang telah diberikan oleh pihak kerajaan tempatan dalam mengiktiraf peranan dan sumbangan orang melayu di Betong. Pengiktirafan tersebut telah dijelmakan dengan pemberian nama-nama jalan di sekitar Betong kepada nama tokoh berpengaruh dalam masyarakat melayu Betong. Antara nama-nama jalan bersempena dengan nama tokoh melayu Betong adalah seperti Jalan Abang Bokeng, Jalan Abang Karim, Jalan Abang Masagus dan Jalan Datuk Patinggi Udin. Pihak JKKK berharap usaha pengiktirafan seperti ini dapat diteruskan serta nilai sejarah bangsa melayu dapat dipertahankan untuk tatapan generasi seterusnya. Pihak JKKK Kampung Tengah akan merancang beberapa projek pemuliharaan warisan bangsa melayu untuk tatapan generasi masa hadapan.




MESYUARAT PEMBUBARAN AJK SESI 2019-2021 DAN PEMILIHAN AJK SESI 2022-2025 JKP MASJID JAMEK BETONG
12 Februari 2022 – Mesyuarat Pembubaran AJK Sesi 2019-2021 dan Pemilihan AJK Sesi 2022-2025 JKP Masjid Jamek Betong telah diadakan dengan jayanya bertempat di Dewan Al-Husna. Mesyuarat turut dihadiri oleh Ustaz Anuar selaku mewakili Pejabat Agama Islam Bahagian Betong. Objektif mesyuarat ialah untuk memilih barisan kepimpinan baharu JKP Masjid Jamek Betong bagi tempoh 2022 hingga 2025. Ustaz Anuar dalam ucapannya menyeru agar penduduk di Kampung Melayu Betong dapat bersatu hati dalam setiap aktiviti yang dianjurkan. Hasil pemilihan yang berlangsung disenaraikan ialah barisan pengurusan JKP Masjid Jamek Betong Sesi 2022-2025 seperti berikut;
Penasihat : Penghulu Abang Suhailie bin Abang Pay
Pengerusi : Encik Nasir bin Hadami
Timbalan pengerusi : Encik Abd Rahim bin Jaini
Setiausaha : Encik Mohd Nizam Semail Abdullah
Bendahari : Encik Abang Mustapha bin Abang Zain
Juru Audit Dalam : Encik Abang Mulyadi bin Abang Taha
Senarai lengkap AJK akan diputuskan secara bersama oleh AJK Tertinggi.
MESYUARAT PENTADBIRAN MUKIM BETONG BILANGAN 1 TAHUN 2022
09 Februari 2022 - Semua Ketua Kampung, Pengerusi Lembaga, Masjid dan Surau di sekitar Betong telah dijemput ke Mesyuarat Pentadbiran Mukim Bilangan 1 Tahun 2022 bertempat di Bilik Seminar, Pejabat Agama Islam Bahagian Betong. Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Muhammad bin Kamarudin, Ketua Mukim Pentadbiran Mukim Betong. Kampung Tengah telah diwakili oleh KK Hj Abg Abd Manaf bin Hj Abg Zaini dan Encik Abang Shafie bin Abang Morni selaku pengerusi JKP Surau Darul Dakwah.




TAKLIMAT PELAKSANAAN PROJEK PPRMS FASA PERTAMA TAHUN 2022
09 Februari 2022 -
PENGENALAN PELAKSANAAN PROJEK PPRMS DUN LAYAR
- Mula dilaksanakan pada tahun 2018
- Pelaksanaan projek PPRMS adalah sebanyak 2 fasa setahun.
-Peruntukan tahunan DUN Layar ialah RM 1 juta. Ini bermakna setiap fasa diperuntukkan sebanyak RM 500 ribu.
-Jumlah penerima keseluruhan DUN Layar yang diperuntukkan ialah 167 orang setahun, merangkumi keseluruhan penduduk di DUN Layar.
-Pihak pembekal dijadual membuat penghantaran bermula pada Februari hingga Mac 2022. Penghantaran akan dibuat dari rumah ke rumah penerima.
-Penerima projek diberikan tempoh sehingga penghujung Mac 2022 untuk memastikan projek baik pulih dilaksana. Paling lewat ialah pada pertengahan Bulan April 2022.
-Ketua Kampung bersama JKKK akan membuat pemantauan perkembangan projek dari semasa ke semasa bagi memastikan semua peserta serius melaksanakan projek masing-masing. Kegagalan menyiapkan projek mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan boleh menjejaskan peluang peserta lain untuk menerima manfaat projek ini.
- Senarai barangan yang boleh ditempah adalah untuk pembinaan rumah sahaja.
-Harga barangan tidak mengikut harga tunai. Kos juga termasuk caj penghantaran.
-Tidak dibenarkan menukar barangan kepada wang tunai.
SYARIKAT DILANTIK
-Joo Sang Enterprise.
-Sekiranya terdapat perubahan barangan yang hendak ditempah, mohon dimaklumkan segera kepada JKKK bagi memudahkan urusan selanjutnya.
- Pihak syarikat dijangka mula membuat penghantaran barangan pada bulan Februari hingga Mac.
TANGGUNGJAWAB PESERTA PROJEK
-Semua peserta dimohon memastikan projek dilaksana dalam tempoh bermula dari penerimaan barangan sehingga pertengahan April 2022. Segala kos upah pekerja adalah tanggungan peserta sendiri.
- Semua peserta diwajibkan mengambil gambar sebelum projek, semasa projek dan setelah siap projek ( 3 keping gambar sahaja ). Gambar tersebut hendaklah dikongsikan dalam grup Whatsapp PESERTA PPRMS FASA 1.
-Disamping itu juga, pihak JKKK akan melaksanakan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan semua peserta telah menjalankan projek masing-masing mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan. Untuk tujuan tersebut, pihak JKKK memberi kuasa pemantauan kepada Encik Mohd Abas bin Hussin dan dibantu oleh beberapa orang ahli jawatankuasa untuk membuat pemeriksaan ke rumah semua peserta terlibat. Mohon kerjasama semua peserta agar memastikan projek ini berjalan dengan lancar serta memberi peluang kepada penduduk lain untuk menerima manfaat yang sama daripada projek ini.
SENARAI PESERTA FASA PERTAMA TAHUN 2022
-Senarai peserta projek PPRMS Fasa Pertama Tahun 2022 adalah seperti berikut:
AJIS BIN BOKERI
ABU BIN LUNGKOM
RASNAH BINTI OMAR
ZULKIFLI BIN HEEPNI
ABG MOSTAPHA BIN ABG ABD KARIM
ABANG MEDIAN BIN ABANG MORNI
*Keputusan Mesy Pengurusan Projek PPRMS Kampung Tengah Betong pada 02 Februari 2022.


KUNJUNGAN HORMAT JKKK KAMPUNG TENGAH BETONG KEPADA KETUA BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT BETONG
08 Februari 2022 - Pihak JKKK Kampung Tengah Betong telah mengadakan Kunjungan Hormat kepada Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Betong. Antara objektif kunjungan tersebut ialah untuk mengeratkan tali silaturrahim JKKK Kampung Tengah bersama pihak Bomba dan Penyelamat serta perbincangan program-program yang boleh dilaksana untuk manfaat penduduk di Kampung Tengah Betong. Hasil daripada pertemuan tersebut, maka telah dipersetujui beberapa perkara seperti cadangan Program Bomba Komuniti dan pengelolaan Ceramah Pencegahan Kebakaran / Fire Drill Peringkat Kampung Tengah Betong yang dirancang pelaksanaannya pada tahun ini. Atas kesempatan itu juga pihak JKKK telah mengemukakan beberapa cadangan dan isu seperti naik taraf pili bomba serta masalah pili bomba yang ditutup turap jalan. Secara keseluruhannya, perjumpaan ini telah banyak memberi input yang berguna kepada pihak JKKK Kampung Tengah Betong. Dirakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Pegawai Penguasa Bomba Vincent Baling anak Yabi, Ketua Balai di atas kesudian menerima kunjungan daripada JKKK Kampung Tengah.
Senarai kehadiran:
1.PPgB Vincent Baling Anak Yabi -Ketua Balai
2.PBK I Henry Anak Jugah
3.PBK II Sapuan Bin Abu
4.PB Mokhtar Bin Kadren
5.PB Nickson Asean Anak Akui
6.KK Hj Abg Abd Manaf bin Hj Abg Zaini
7.Abg Yusuf bin Abg Morni
8.Abg Nurjayadi bin Abg Kushairi




PEMBUKAAN KAUNTER BERGERAK ( MOBILE COUNTER TH SRI AMAN ) DI SURAU DARUL DAKWAH
07 Februari 2022 - Pihak pengurusan JKKK Kampung Tengah Betong merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak Tabung Haji Cawangan Sri Aman atas kesudian membuka Kaunter Bergerak bertempat di Surau Darul Dakwah. Antara objektif pembukaan kaunter bergerak tersebut adalah untuk memastikan masyarakat muslim mempunyai akaun TH dan merancang pemergian haji. Antara transaksi yang boleh dilakukan adalah pembukaan akaun, simpanan, kemaskini maklumat, penamaan dan juga pindahan. Marilah kita bersama-sama mengukuhkan ekonomi ummah dengan meningkatkan lagi dana orang Islam.


PEMANTAUAN STATUS PELAKSANAAN PROJEK PPRMS KAMPUNG TENGAH BETONG
05 Februari 2022 - Pemantauan status pelaksanaan projek PPRMS untuk peserta yang terlibat telah dilaksanakan dengan jayanya. Rumusan pemantauan mendapati kesemua peserta telah berjaya melaksanakan projek masing-masing mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan. Laporan hasil pemantauan juga telah dikemukakan kepada pihak Pusat Khidmat DUN Layar untuk tindakan selanjutnya. Pihak JKKK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta atas komitmen menyelesaikan projek di kawasan masing-masing. Pihak JKKK akan mengadakan mesyuarat khas bagi menyenarai pendek permohonan baharu PPRMS Kampung Tengah Betong.
Senarai pemantau:
KK Hj Abg Abd Manaf
Abg Yusuf bin Abg Morni
Azman Yahya
Abg Nurjayadi
Senarai Peserta PPRMS:
Sarip bin Liam
Maliah binti Sahari
Abg Reduan bin Abg Hassan
Madaud bin Drahman
Dayang Saenah bt Abg Mahdi
Kifli bin Mohammad

PENGHARGAAN RESIDEN BETONG KEPADA ALLAHYARHAM ABANG ISA BIN ABANG SENAWI
04 Februari 2022 - Pihak Residen Bahagian Betong mengucapkan salam takziah kepada waris mantan KK Abang Isa bin Abang Senawi. Atas kesempatan ini juga, pihak Residen Betong merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas jasa bakti yang telah dicurahkan oleh Allahyarham sepanjang perkhidmatan sebagai Ketua Kampung Tengah Betong. Surat penghargaan disampaikan oleh KK Hj Abg Abd Manaf kepada isteri Allahyarham, Puan Fatimah binti Yaman. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.




MESYUARAT PENGURUSAN JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG( JKKK ) KAMPUNG TENGAH BETONG BILANGAN 1 TAHUN 2022
02 Februari 2022 - Mesyuarat Pengurusan JKKK Kampung Tengah Betong Bilangan 1 Tahun 2022 telah dilaksanakan dengan jayanya dengan kehadiran hampir keseluruhan ahli jawatankuasa yang telah dilantik. Mesyuarat telah membincangkan beberapa perkara seperti hala tuju serta perancangan aktiviti JKKK Tahun 2022, penambahbaikan sistem pengurusan projek PPRMS, serta bantuan lain, dan perancangan permohonan projek RTP Kampung Tengah Tahun 2022. Dalam mesyuarat tersebut juga telah diperkenalkan satu badan penasihat khas yang akan memberi khidmat nasihat serta idea bernas kepada pihak pengurusan JKKK Kampung Tengah dalam melaksanakan tanggungjawab kepada penduduk Kampung Tengah Betong. Semoga segala perancangan kita diberkati.



PEMERIKSAAN PROJEK RTP SISTEM PERPARITAN KAMPUNG TENGAH BETONG
03 Februari 2022 - Pihak JKKK Kampung Tengah Betong telah melaksanakan pemantauan projek sistem perparitan di Kampung Tengah Betong. Pemantauan mencakupi aspek kekemasan kerja, keberkesanan sistem aliran air perparitan serta pelbagai aspek yang perlu diteliti bagi menjamin kualiti projek agar dapat memenuhi keperluan penduduk. Pihak JKKK Kampung Tengah Betong berusaha memastikan setiap projek yang dilaksanakan di Kampung Tengah Betong adalah berkualiti serta mengelak budaya " Semadi Perintah Maok Molah". Turut sama dalam lawatan tersebut ialah Encik Rahmad, pegawai daripada Jabatan Pengairan dan Saliran Bahagian Betong serta pihak kontraktor yang terlibat.
PEMBUKAAN MOBILE KAUNTER TABUNG HAJI
Dengan hormatnya adalah saya merujuk perkara di atas.
Dimaklumkan bahawa TH Sri Aman berhasrat untuk membuka mobile kaunter di Kampung Tengah Betong pada tarikh dan masa seperti berikut;
Tarikh : 7 Februari 2022
Masa : 9.30 pagi – 2.30 petang
Tempat : Surau Darul Dakwah Kampung Tengah Betong
TH Sri Aman kini dalam usaha untuk memastikan masyarakat muslim kita telah mempunyai akaun TH dan merancang pemergian haji mereka. Antara transaksi yang boleh dilakukan adalah pembukaan akaun, simpanan, kemaskini maklumat, penamaan dan juga pindahan.
Sekian dimaklumkan, terima kasih.
Maisarah Hj Abd Mutalip
Pengurus TH Sri Aman



PERJUMPAAN PERTAMA AJK TERTINGGI JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG ( JKKK ) KAMPUNG TENGAH BETONG
31 Januari 2022 - Perjumpaan khas diadakan bagi memilih senarai lengkap ahli jawatankuasa JKKK Kampung Tengah Betong. Disamping itu, AJK Tertinggi turut membincangkan beberapa perancangan yang akan dikemukakan dalam Mesyuarat Pertama Pengurusan JKKK Kampung Tengah Betong secara rasmi kelak. Semoga barisan pengurusan JKKK Kampung Tengah Sesi 2022/2023 dapat melaksanakan tanggungjawab dengan cemerlang demi pembangunan Kampung Tengah Betong.
PEMERIKSAAN ADUAN PILI BOMBA JENIS GH YANG DITUTUP TAR JALAN DI KAMPUNG TENGAH BETONG
31 Januari 2022 - Pihak JKKK Kampung Tengah Betong melalui KK Hj Abang Abdul Manaf bin Hj Abang Zaini telah membuat laporan berhubung Pili Bomba jenis GH ( Ground Hydrant ) di hadapan rumah Abang Nurjayadi bin Abang Kushairi yang telah diturap oleh pihak kontraktor. Pihak Balai Bomba dan Penyelamat Betong telah membuat lawatan ke kawasan terlibat dan tindakan susulan akan segera dibuat bersama pihak Majlis Daerah Betong serta pihak yang bertanggungjawab. Bersama-sama kita memastikan pili bomba di kawasan Kampung Tengah Betong dapat berfungsi dengan sempurna. Sebarang aduan mengenai kerosakan infrastruktur awam boleh disalurkan kepada KK Hj Abang Abdul Manaf bin Hj Abg Zaini di talian 01164680309 atau Abang Nurjayadi bin Abang Kushairi di talian 013646232.


TAHNIAH KEPADA YB DATO GERALD RENTAP JABU
Pengerusi serta ahli-ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tengah Betong merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Dato Gerald Rentap Jabu di atas pelantikan beliau sebagai Pembantu Menteri 1 di Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Keusahawanan Sarawak. Semoga dengan kepercayaan ini, beliau mampu melaksanakan tugas dengan lebih cemerlang, serta mampu mengangkat martabat belia serta pembangunan belia terutamanya di peringkat akar umbi sehingga ke tahap yang boleh dibanggakan. Kami amat yakin dengan semangat kental serta kerja keras YB Dato akan menjadi pemangkin kepada kemajuan belia di Negeri Sarawak.Tahniah YB Dato Gerald Rentap Jabu.
2021
PENGUMPULAN MAKLUMAT KIR YANG MEMILIKI TANAH LOT BAHARU
Bagi tujuan pengumpulan maklumat dan perancangan pembangunan infrastruktur serta pelbagai bantuan ( rumah/bekalan elektrik/air), maka pihak JKKK Kampung Tengah akan membuat survey bagi pengumpulan maklumat KIR yang memiliki tanah lot baharu.
Sehubungan itu, kerjasama penduduk yang memiliki lot tanah baharu, dimohon melengkapisi maklumat melalui pautan di bawah:
shorturl.at/inpP4
Pengumpulan data ini amat penting bagi membantu pihak JKKK Kampung Tengah merancang pelbagai jenis permohonan seperti bantuan rumah/penyambungan bekalan elektrik/air serta pelbagai jenis bantuan. Semoga segala perancangan kita akan dipermudahkan.
Sekian, terima kasih
Setiausaha
JKKK Kampung Tengah Betong


PROGRAM SANTAI YB DATUK SERI FADILLAH YUSOF BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG MELAYU BETONG
15 Disember 2021 - Program Santai YB Datuk Seri Fadillah bin Yusof, Menteri Kanan Kerja Raya Malaysia bersama penduduk Kampung Melayu Betong telah diadakan dengan jayanya bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Masjid Betong. Turut hadir ialah calon GPS DUN N.36 Layar, Dato Gerald Rentap Jabu. YB Datuk Seri Fadillah dalam ucapannya menyeru agar semua penduduk di Kampung Melayu Betong sama-sama memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada calon GPS Dato Gerald Rentap Jabu sebagai meneruskan agenda pembangunan yang mampan terutamanya di Kampung Melayu Betong. Dalam majlis tersebut, YB Datuk Seri Fadillah turut menyampaikan sumbangan daripada Biro Wanita Kampung Baru Hulu kepada ibu-ibu tunggal yang terdapat di Kampung Melayu Betong.



PROJEK RTP SISTEM PERPARITAN RUMAH PENDUDUK KAMPUNG TENGAH BETONG


08 Disember 2021 - Kerja-kerja pembinaan sistem perparitan di kejiranan rumah penduduk Kampung Tengah telah mula dilaksanakan bermula pada hari ini. Perancangan projek ini telah dimulakan seawal tahun 2020 yang lalu yang melibatkan beberapa tinjauan di beberapa kawasan Kampung Tengah Betong. Untuk makluman, kos keseluruhan projek ini menelan belanja hampir RM150,000.00. Pihak JKKK Kampung Tengah akan sentiasa melaksanakan tinjauan bagi memastikan semua kawasan di Kampung Tengah dilengkapi dengan sistem perparitan yang lengkap dan bersih.







KAMI MENYOKONG KEPIMPINAN DATO GERALD RENTAP JABU
JKKK Kampung Tengah Betong serta penduduk Kampung Tengah Betong amat menyokong penuh Dato Gerald Rentap Jabu untuk meneruskan kepimpinan beliau di DUN Layar bagi memastikan agenda pembangunan di kawasan Betong, dan Kampung Tengah khasnya, dapat diteruskan.


SUMBANGAN KHAIRAT KEMATIAN WARIS PENDUDUK KAMPUNG TENGAH BETONG
Pihak JKKK Kampung Tengah Betong telah menyampaikan bantuan sumbangan derma kepada waris Allahyarham Wan Manohor bin Tku Mut. Penyerahan disampaikan oleh Ayahanda KK Abang Isa kepada Wan Ramzi bin Wan Manohor di kediaman beliau. Semoga allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
AGIHAN PELITUP MUKA DAN CECAIR SANITASI KEPADA KIR KAMPUNG TENGAH BETONG
Tarikh:
10 Oktober 2021, jam 8.00 pagi
Sasaran:
67 orang KIR Kampung Tengah Betong
OBJEKTIF:
Menggalakkan penduduk agar sentiasa mematuhi SOP COVID-19 seperti menggunakan pelitup muka semasa berada di luar rumah serta memastikan tangan sentiasa dalam keadaan bersih melalui penggunaan hand sanitizer.
PENDAHULUAN
Pihak JKKK Kampung Tengah telah melaksanakan inisiatif bagi menggalakkan penduduk agar sentiasa mengamalkan SOP COVID-19 melalui agihan pelitup muka dan cecair sanitasi kepada semua KIR Kampung Tengah Betong. Kerjasama penduduk dimohon memastikan semua ahli keluarga masing-masing sentiasa mengamalkan aspek kebersihan diri bagi mengurangkan risiko penularan COVID-19 di Kampung Tengah Betong.
KAEDAH PELAKSANAAN
Semua ahli jawatankuasa berkumpul di Dewan Serbaguna Kampung Tengah Betong bagi membantu proses penyediaan agihan kepada penduduk Kampung Tengah Betong. Setiap KIR telah diagihkan sebanyak 2 kotak pelitup muka dan satu botol hand sanitizer. Proses agihan dilaksanakan dari rumah ke rumah penduduk. Proses agihan turut dijayakan oleh pihak PPWS Kampung Tengah Betong. Agihan melibatkan 67 Ketua Isi Rumah di Kampung Tengah Betong.Jumlah agihan melibatkan 134 kotak pelitup muka dan 70 botol Hand Sanitizer 300ml.
LANGKAH KESELAMATAN
Pihak penganjur telah mematuhi langkah-langkah keselamatan yang telah digariskan oleh pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Betong berhubung pelaksanaan program pada kali ini. Pematuhan SOP seperti menyediakan rekod bacaan suhu petugas dan AJK penganjur, serta memastikan semua petugas dan AJK sentiasa menggunakan pelitup muka.







PROGRAM SEMBURAN SANITASI KAMPUNG TENGAH BETONG
Dengan peningkatan kes positif COVID-19 terutamanya yang melibatkan penduduk Kampung Melayu Betong, maka pihak pengurusan JKKK Kampung Tengah Betong telah melaksanakan inisiatif melakukan semburan sanitasi rumah ke rumah penduduk Kampung Tengah Betong. Diharapkan dengan usaha kecil ini, ia akan dapat mengurangkan risiko penularan virus COVID-19. Aktiviti ini turut mendapat sokongan dan bantuan tenaga penggerak daripada pihak PPWS Kampung Hilir/Tengah Betong.
KAEDAH PELAKSANAAN
Semua ahli jawatankuasa yang terlibat berkumpul di perkarangan Surau Darul Dakwah bagi membantu proses penyediaan bancuhan sanitasi.
Proses semburan dari rumah ke rumah dijayakan oleh semua ahli jawatankuasa dan beberapa NGO di Kampung Tengah Betong. Pematuhan SOP COVID-19 seperti penggunaan pelitup muka, imbasan suhu badan dan sebagainya sentiasa diberikan keutamaan.
BELASUNGKAWA
Satu kehilangan yang cukup besar bagi penduduk Kampung Tengah Betong dengan pemergian ayahanda KK Abang Isa bin Abang Senawi yang telah meninggal dunia pada jam 5.30 pagi, 05 November 2021 ( Jumaat ) di Hospital Betong.
Sesungguhnya kehilangan ini amat perit di kala penduduk Kampung Tengah masih dahagakan kepimpinan allahyarham yang penuh berkarisma dan sentiasa mengambil berat segala permasalahan anak-anak buah di Kampung Tengah Betong.
Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal saleh..
Allahummaghfirlahu warhamhu wa ‘afihi wa’fuanhu
Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Ikhlas daripada seluruh ahli jawatankuasa JKKK Kampung Tengah Betong serta semua penduduk Kampung Tengah Betong


SUMBANGAN BANTUAN RAYA TAHUN 2021
05 Mei 2021 - Pihak JKKK Kampung Tengah Betong telah menerima sumbangan barangan keperluan persediaan sambutan perayaan Hari Raya Aidil Fitri yang disumbangkan oleh pihak GPS bertempat di Anjung Usahawan, Betong. Majlis dihadiri oleh semua Ketua Kampung dan Setiausaha JKKK 6 buah Kampung Melayu di sekitar Betong. Terima kasih kepada kerajaan GPS yang sudi meringankan beban penduduk Kampung Melayu Betong yang terkesan akibat COVID-19.
PROGRAM INFO ON WHEELS ( IOW ) JABATAN PENERANGAN DAERAH BETONG
28 Mac 2021 - Program Info On Wheels (IOW) anjuran Jabatan Penerangan Daerah Betong bertujuan untuk menyebarkan info dan pengetahuan yang luas berkenaan kepentingan pengambilan vaksin. Sesi ceramah khas bertajuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan telah disampaikan oleh Dr Mohd Nur Azam dari Klinik Mid Layar. Sesi dialog dan soal jawab turut dilaksanakan bagi memberikan lebih pemahaman kepada penduduk Kampung Tengah Betong berhubung kepentingan pengambilan Vaksin bagi membentuk imuniti di peringkat akar umbi.




LAWATAN PEMERIKSAAN TAPAK PROJEK PERPARITAN KAMPUNG TENGAH BETONG BERSAMA DID BETONG
09 Mac 2021 - Lawatan projek naik taraf sistem perparitan di Kampung Tengah Betong telah diadakan bersama pihak DID Daerah Betong. Lawatan bertujuan untuk meninjau lokasi pelaksanaan projek perparitan di Kampung Tengah Betong. Beberapa kawasan kejiranan penduduk telah diperiksa bagi menentukan kesesuaian sistem perparitan yang akan dibina. Melalui cadangan pembinaan sistem perparitan yang sistematik, ia diharap dapat memastikan kawasan persekitaran kampung sentiasa berada dalam keadaan bersih, sihat dan ceria.
BENGKEL TOT PEMIMPIN MASYARAKAT BESAMA JaPEN SARAWAK
13 Oktober 2021 - Pihak JKKK Kampung Tengah Betong berbesar hati kerana turut dijemput menyertai Bengkel TOT Pemimpin Masyarakat Bersama JaPen Sarawak. Fokus utama bengkel tersebut diadakan ialah bagi memberi idea serta maklumat yang jelas berhubung pengurusan dan bantuan yang boleh dimohon untuk golongan orang Kelainan Upaya (OKU) . Diharapkan dengan pengetahuan yang jelas ini, ia akan memberikan golongan OKU peluang yang sama rata dalam menyumbang pelbagai aktiviti dalam masyarakat.


MAJLIS SERAH PROJEK RTP KAMPUNG TENGAH TAHUN 2021
15 Oktober 2021 - Majlis penyerahan projek siap kepada JKP Surau Darul Dakwah dan JK Pengurusan Tadika KEMAS Kampung Tengah Betong telah selesai disempurnakan. Majlis penyerahan ini turut disaksikan oleh Pegawai Jurutera Majlis Daerah Betong selaku agensi penyedia BQ yang turut membantu dalam aspek teknikal projek, serta turut dihadiri oleh Ayahanda Penghulu Abang Suhaili bin Abang Pay. Penyerahan tapak projek Surau Darul Dakwah telah disempurnakan oleh Ayahanda KK Abang Isa bin Abang Senawi kepada Encik Abdull Rahman bin Ismail, selaku wakil JKP Surau Darul Dakwah. Manakala penyerahan projek bagi Tadika KEMAS telah diterima oleh Encik Abdulah bin Ago, Pengerusi JK Pengurusan Tadika KEMAS Kampung Tengah Betong.
KRONOLOGI PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN DI KAMPUNG TENGAH BETONG, SARAWAK
17 APRIL 2021 ( SABTU )
Pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Betong yang dipengerusikan oleh Tuan Residen Bahagian Betong, setelah mendapat saranan daripada Pejabat Kesihatan Bahagian Betong, telah membuat keputusan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Tengah Betong. Pelaksanaan PKPD dibuat setelah hasil saringan yang dilaksanakan pada 14 April 2021 yang lalu telah merekodkan 11 kes positif daripada 174 ujian saringan yang telah dijalankan untuk penduduk Kampung Tengah Betong. Kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di Kampung Tengah Betong berkuatkuasa mulai 18 April 2021 hingga 01 Mei 2021 ( 2 minggu ).
18 APRIL 2021 ( AHAD )
Sebanyak 3 Sekatan Jalanraya (SJR) dikuatkuasakan di Kampung Tengah Betong. Semua jalan tikus yang terdapat di Kampung Tengah Betong telah ditutup bagi mengelak sebarang kemungkinan tidak diingini sepanjang pelaksanaan PKPD. Sekatan jalan raya dijayakan oleh pihak Polis Diraja Malaysia dengan dibantu oleh anggota RELA dan APAM Daerah Betong. Tambahan satu lagi sekatan telah dibuka bertempat di sempadan Kampung Tengah dan Kampung Hilir bagi mengurangkan risiko jangkitan.
Pihak Petugas Pejabat Kesihatan Bahagian Betong bersama pihak Pejabat Kebajikan Bahagian Betong telah melaksanakan survey dari rumah ke rumah penduduk Kampung Tengah Betong. Tujuan survey dilaksanakan ialah untuk mengenalpasti bilangan sebenar penduduk serta memastikan semua penduduk telah dipasang gelang kuarantin.
Pihak Baitulmal Sarawak melalui Pejabat Agama Islam Bahagian Betong telah memutuskan supaya semua Masjid dan Surau yang terdapat di sekitar Betong dilanjutkan tempoh penutupan sementara mulai 18 April hingga 01 Mei 2021. Ia merangkumi untuk semua aktiviti seperti solat Jumaat, solat fardhu dan solat tarawih.
19 APRIL 2021 ( ISNIN )
Semua penduduk Kampung Tengah Betong menjalani ujian saringan ( Swab Test ) bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Tengah Betong. Semua penduduk Kampung Tengah telah memberikan kerjasama.
Pihak Pejabat Kebajikan Bahagian Betong telah melaksanakan agihan barangan keperluan kepada 72 Ketua Isi Rumah Kampung Tengah Betong. Bantuan sebanyak 182 pek barangan keperluan terdiri daripada beras, gula, makanan dalam tin, mee bungkus, kopi, milo serta barangan kanak-kanak seperti pampers dan susu tepung. Bantuan diagihkan kepada semua Ketua Isi Rumah termasuk para penyewa yang terdapat di Kampung Tengah Betong. Pihak JKKK Kampung Tengah Betong telah melaksanakan agihan kepada semua Ketua Isi Rumah pada hari yang sama.
Pihak pengurusan SK Abang Abdul Kadir atas nasihat daripada Pejabat Pendidikan Daerah Betong dan Pejabat Kesihatan Bahagian Betong telah mengambil keputusan untuk menangguhkan sesi pembelajaran secara bersemuka mulai 19 April sehingga 02 Mei 2021 bagi mengurangkan penularan COVID-19 di Kampung Tengah Betong.
20 APRIL 2021 ( SELASA )
Pihak Klinik Kesihatan Mid-Layar telah membuka klinik bergerak bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Tengah Betong. Pengoperasian klinik bergerak ini adalah bagi memudahkan penduduk Kampung Tengah Betong mendapatkan bekalan ubat serta pemeriksaan kesihatan.
Pihak JKKK Kampung Tengah Betong telah memohon bantuan daripada pihak Bank Rakyat Betong, Baitulmal Sarawak serta pelbagai NGO yang berkaitan.
Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak mengisytiharkan Kluster Kampung Tengah Betong setelah merekodkan penambahan 4 kes positif daripada kawasan Kampung Tengah Betong.
Atas inisiatif Puan Dayang Rozana binti Abang Hassan, Pengarah Jabatan Perangkaan Negeri Sarawak yang juga merupakan anak jati Kampung Tengah Betong, maka program Infaq Ramadan yang bertujuan untuk mengumpul dana dan infaq bagi pembelian barangan keperluan telah dilancarkan.
21 APRIL 2021 ( RABU )
Hasil ujian saringan yang telah dilaksanakan di Kampung Tengah Betong, telah merekodkan penambahan 3 kes positif. Semua individu yang positif telah di bawa ke Pusat Kuarantin Dewan Sukan TSDA Stephen Kalong Ningkan Betong manakala untuk semua ahli keluarga dan kontek rapat telah dihantar ke Pusat Kuarantin Layar.
23 APRIL 2021 ( JUMAAT )
Team Sedekah Kuching yang turut dianggotai oleh Puan Rosma Binti Mohd Rajuna dan Encik Abang Jamadilhir bin Abang Mostapha yang juga anak jati Kampung Tengah Betong telah membuat agihan daging ayam mentah untuk diedarkan kepada semua Ketua Isi Rumah di Kampung Tengah Betong. Agihan dibantu oleh pihak RELA serta JKKK Kampung Tengah Betong.
Abang Jamadilhir bin Abang Mostapha serta semua adik beradik beliau telah menyumbang sebanyak RM 600.00 kepada JKKK Kampung Tengah Betong. Sumbangan adalah untuk pembelian barangan keperluan kepada penduduk Kampung Tengah Betong.
Pihak warga kerja Bank Rakyat Wilayah Sarawak dan Betong turut menyampaikan sumbangan wang tunai sebanyak RM 800.00 untuk tujuan pembelian barangan keperluan penduduk Kampung Tengah Betong. Pihak JKKK Kampung Tengah Betong selanjutnya telah membuat pembelian barangan keperluan pada hari yang sama.
Pihak Baitulmal Sarawak melalui Pejabat Agama Islam Bahagian Betong telah menyalurkan bantuan berupa 41 pek barangan keperluan untuk diagih-agihkan kepada penduduk di Kampung Tengah Betong. Penghantaran bantuan telah diketuai oleh Yang Berbahagia Ustaz Mohd Isselahuddin Bin Kameri, Pegawai Agama Islam Bahagian Betong serta rombongan. Pek barangan keperluan terdiri daripada beras, gula, makanan dalam tin, mee bungkus, kopi dan Milo.
24 APRIL 2021 ( SABTU )
Pihak JKP Surau Darul Kashfiyah, Balai Bomba dan Penyelamat Betong telah menyumbang sebanyak 30 pek barangan keperluan kepada penduduk Kampung Tengah Betong. Sumbangan disampaikan oleh Encik Vincent Baling anak Yabi, Penolong Penguasa Bomba, BBP Betong.
Pihak JKP Masjid Jamek Betong turut menyumbang sebanyak 70 pek barangan keperluan kepada penduduk di Kampung Tengah Betong. Sumbangan disampaikan oleh Encik Abang Mustapha bin Abang Zain selaku Bendahari JKP Masjid Jamek Betong kepada KK Abang Isa bin Abang Senawi.
25 APRIL 2021 ( AHAD )
Puan Dayang Rozana binti Abang Hassan telah menyalurkan bantuan barangan keperluan sebanyak 70 pek hasil daripada kutipan program Infaq Ramadhan Kampung Tengah Betong.
Sumbangan berjumlah RM400.00 juga telah diterima daripada Tuan Haji Abang Sipudin bin Abang Zaini, yang bertujuan membantu dana keperluan penduduk di Kampung Tengah Betong. Sumbangan disampaikan sendiri oleh beliau kepada KK Abang Isa bin Abang Senawi.
27 APRIL 2021 ( SELASA )
Abang Mohd Azlan bin Abang Aing selaku pengurus Syarikat AZR Enterprise telah menyampaikan cek bernilai RM500.00 kepada pihak JKKK Kampung Tengah Betong bagi tujuan suntikan dana bantuan penduduk Kampung Tengah Betong.
28 APRIL 2021 ( RABU )
Pihak Angkatan Belia Islam Malaysia Cawangan Sarawak (ABIM) telah menyalurkan bantuan sebanyak 40 pek barangan keperluan kepada penduduk Kampung Tengah Betong. Usaha ini telah dijayakan oleh Encik Mohd Suandi bin Hj Mortadza, yang juga merupakan anak jati Kampung Tengah Betong. Sumbangan disampaikan oleh Tuan Muhammad Zhariff Azhari, Bendahari Kehormat ABIM Sarawak kepada KK Abang Isa bin Abang Senawi.
Pihak Jawatankuasa Ketua-Ketua Kampung Melayu Betong turut menyampaikan sumbangan berbentuk Kupon Isian Semula Gas Memasak untuk diagih-agihkan kepada semua KIR di Kampung Tengah Betong. Di bawah program tersebut, semua KIR Kampung Tengah diberikan kemudahan percuma untuk sekali isian gas memasak. Syarikat yang dilantik membekalkan tong gas ialah syarikat Betong Gas Sdn Bhd. Simbolik penyerahan kupon telah disempurnakan oleh KK Rokiah binti Mahmud, selaku Pengerusi JK Ketua-ketua Kampung Melayu Betong.
Pihak JKKK Kampung Tengah telah menyalurkan dana tambahan kepada semua KIR Kampung Tengah Betong sebanyak RM50.00 setiap seorang bagi memastikan semua KIR di Kampung Tengah layak menerima bantuan.
Sumbangan daripada Program Infaq Ramadhan telah diteruskan dengan sumbangan seekor ayam kepada setiap KIR Kampung Tengah Betong. Simbolik penerimaan bantuan telah disempurnakan oleh Cikgu Abang Sulaiman bin Abang Zaini, selaku mewakili Puan Dayang Rozana binti Abang Hassan. Sumbangan terus diagihkan kepada semua KIR pada hari yang sama.
Proses ujian saringan kali kedua telah dilaksanakan terhadap semua penduduk Kampung Tengah Betong. Sebanyak 297 sampel telah diperolehi untuk ujian saringan pada kali ini.
29 APRIL 2021 ( KHAMIS )
Proses agihan sumbangan barangan keperluan daripada ABIM Sarawak, kupon isian semula gas memasak sumbangan JK Ketua-ketua Kampung Melayu Betong dan bantuan tunai daripada JKKK Kampung Tengah Betong telah selesai disampaikan kepada semua KIR di Kampung Tengah Betong.Seramai 71 orang KIR telah mendapat manfaat daripada agihan tersebut.
Syarikat Central Enterprise telah menyumbangkan satu set alat pengimbas suhu ( Stand Infrared Thermometer ) dan 5 botol hand sanitizer untuk kegunaan JKKK Kampung Tengah Betong. Sumbangan disampaikan oleh Encik Jack Wong, Pengarah CE & E Enterprise yang mewakili syarikat Central Enterprise.
Syarikat Mohafiza Engineering Sdn Bhd turut bermurah hati menyalurkan sumbangan dana berjumlah RM 2,130.00 kepada penduduk di Kampung Tengah Betong. Sumbangan sebanyak RM 30.00 setiap KIR bertujuan untuk membantu bayaran bil elektrik penduduk di Kampung Tengah Betong.





2020




PEMBUBARAN DAN PEMBENTUKAN AJK JKKK KAMPUNG TENGAH BETONG
31 Ogos 2020 - Mesyuarat Pembubaran dan Pembentukan AJK Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Kampung Tengah Betong telah dilaksanakan dengan jayanya pada hari ini, bertempat di Surau Darul Dakwah, Kampung Tengah Betong. Pemilihan dibuat bagi memilih senarai jawatankuasa pengurusan yang baharu bagi sesi 2020 - 2022. Dengan cabaran dan bidang tugas yang lebih meluas , ayahanda Penghulu berharap agar semua ahli dapat memberikan komitmen yang tinggi demi kemajuan kampung. Pihak jawatankuasa pengurusan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penduduk Kampung Tengah Betong yang menjayakan mesyuarat pada kali ini. Senarai Jawatankuasa Pengurusan JKKK Kampung Tengah Betong bagi Sesi 2020 - 2022 adalah seperti berikut;
Pengerusi : KK Abang Isa bin Abang Senawi
Setiausaha : Abang Nurjayadi bin Abang Kushairi
Bendahari : Hasbullah bin Ahmad
senarai lengkap ahli jawatankuasa lain akan diputuskan bersama pengerusi dalam Mesyuarat Pertama JKKK Kampung Tengah Betong.



MESYUARAT PENGURUSAN JKKK KAMPUNG TENGAH BILANGAN 1 TAHUN 2020
08 September 2020 - Mesyuarat pertama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tengah Betong telah diadakan pada 08 September 2020 jam 8.30 malam bertempat di Surau Darul Dakwah, Kampung Tengah Betong. Mesyuarat membincangkan pelbagai perkara termasuk penambahbaikan aspek pengurusan JKKK agar setiap perancangan dapat dilaksanakan dengan sistematik. Mesyuarat turut sebulat suara membentuk JK Biro Pembangunan RTP Antara tugas utama biro ini nanti ialah mencadang dan meluluskan setiap projek pembangunan RTP yang dilaksanakan di Kampung Tengah Betong. Disamping itu, pelbagai aspek pengurusan JKKK seperti penyediaan Profil Kampung, serta pengurusan agihan projek, turut disentuh dalam mesyuarat ini. Semoga pengurusan JKKK Kampung Tengah menjadi antara yang terbaik di Daerah Betong.




PROGRAM JORAN MERDEKA TAHUN 2020
16 September 2020 - Program Joran Merdeka Tahun 2020 merupakan salah satu program yang dirancang bersempena dengan Sambutan Hari Malaysia yang disambut pada 16 September setiap tahun. Selain daripada itu, ia juga boleh dijadikan medium untuk menarik minat golongan pencinta hobi ini bagi mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.
Selain daripada itu, aktiviti ini telah menyemarakkan lagi sambutan bulan Kemerdekaan serta meningkatkan lagi kecintaan kepada Negara. Ia dapat dilihat dengan acara mengibarkan Jalur Gemilang oleh semua peserta sebelum pertandingan dimulakan.
PELAKSANAAN AKTIVITI
Aktiviti ini dijalankan mengikut beberapa kategori seperti berikut:
- Kategori tangkapan udang paling banyak keseluruhan
- Kategori tangkapan ikan paling banyak keseluruhan
- Kategori tangkapan udang paling besar ( seekor )
- Kategori tangkapan udang paling pantas
Sebanyak 43 orang peserta telah menyertai aktiviti ini. Pihak penganjur telah menetapkan bahawa penyertaan pada kali ini adalah untuk tertutup Betong. Sambutan aktiviti ini amat menggalakkan dari segi penyertaan dan sokongan penduduk kampung yang menyaksikan aktiviti.



BENGKEL KEPOLISAN KOMUNITI KHAS BAGI JKKK PERINGKAT DAERAH BETONG 2020
10 Oktober 2020 - Bengkel yang berjalan selama satu hari ini padat dengan taklimat dari pelbagai agensi berkaitan. Ianya adalah bagi memperkasakan fungsi JKKK di dalam aspek keselamatan dan pengendalian bencana di peringkat komuniti khasnya untuk berhadapan dengan pandemik Covid-19 yang sedang melanda dunia dan negara ketika ini.
Sesi 1 : Community Policing - Pejabat Residen Bahagian Betong
Sesi 2 : Skim Rondaan Sukarela (SRS) - Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Bahagian Betong
Sesi 3 : Community Emergency Response Team (CERT) - Pejabat Daerah Betong
Sesi 4 : Kesedaran Isu Penyalahgunaan Dadah - Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Betong
Sesi 5 : Public Health Awareness - Pejabat Kesihatan Bahagian Betong
Sesi 6 : Tugas dan Fungsi JKKK - Pejabat Residen Bahagian Betong
Sesi 7 : Kawalan Rabies dan Anjing - Jabatan Perkhidmatan Veterinar Betong
Sesi 8 : Keselamatan dan Penguatkuasaan - Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Betong.
Sumber: FB Gerald Rentap Jabu DUN N.36 Layar
Wakil JKKK Kampung Tengah Betong terdiri daripada KK Abang Isa bin Abang Senawi, Abg Nurjayadi bin Abg Kushairi dan Rhozianna Zulkifli



GOTONG ROYONG KAMPUNG TENGAH BETONG BERSAMA JKKK KAMPUNG TENGAH DAN KRT KAMPUNG TENGAH BETONG
06 Disember 2020 - Aktiviti gotong royong anjuran JKKK Kampung Tengah Betong dengan kerjasama KRT Kampung Tengah Betong telah dilaksanakan dengan jayanya. Aktiviti dimulakan dengan sesi taklimat ringkas yang disampaikan oleh KK Abang Isa bin Abang Senawi bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Tengah Betong. Aktiviti seperti ini diharapkan dapat mengeratkan silaturahim berterusan di samping dapat mengekalkan persekitaran yang bersih dan sihat.



MAJLIS JASAMU DIKENANG, AYAHANDA PENGHULU HAJI ABANG ZAWAWIE
27 Disember 2020 - Majlis Jasamu Dikenang bagi meraikan persaraan ayahanda Penghulu Haji Abang Zawawie bin Abang Abdul Rajid telah diadakan secara sederhana dengan mengutamakan pematuhan SOP COVID-19. Majlis ini merupakan anjuran oleh Jawatankuasa Ketua-Ketua Kampung Melayu Betong serta turut disokong oleh Pengurusan Anjung Usahawan Betong.
Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Majlis Jasamu Dikenang, KK Puan Rokiah binti Mahmud, serta diikuti oleh ucapan daripada Encik Sofhi bin Haji Jebal, Pegawai Daerah Betong. Ayahanda penghulu dalam ucapannya telah banyak memberi kata-kata amanat kepada semua penduduk kampung agar dapat meneruskan usaha tanpa jemu demi pembangunan orang-orang melayu di Daerah Betong.
Pihak JKKK Kampung Tengah Betong mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ayahanda penghulu di atas sokongan dan tunjuk ajar kepada pihak JKKK dalam mengurus pembangunan di Kampung Tengah Betong. Sepanjang 16 tahun perkhidmatan beliau, banyak khidmat bakti yang telah dicurahkan kepada pembangunan infrastruktur dan modal insan penduduk di Kampung Tengah Betong. Pihak JKKK berasa amat berbangga kerana anak jati Kampung Tengah Betong telah memimpin Kampung Melayu Betong ke puncak kejayaan.
Didoakan semoga ayahanda penghulu Haji Abang Zawawie sentiasa diberikan kesihatan yang berpanjangan dan dimurahkan rezeki serta sentiasa diberikan kekuatan agar dapat terus menyumbang idea demi pembangunan Kampung Tengah Betong.




PROGRAM INKLUSIVITI DIGITAL 2020 GO-DIGITAL ASEAN PERINGKAT NEGERI SARAWAK
20 November 2020 -
penyertaan JKKK Kampung Tengah Betong
SESI PAGI
Hasbullah bin Ahmad ( 012-8581231 )
Abang Nurjayadi bin Abang Kushairi ( 013-6046232 )
SESI PETANG
Abang Isa bin Abang Senawi ( 010-5915385 )
Rhozianna binti Zulkifli ( 019-8491194 )


MAJLIS ANGKAT SUMPAH AHLI JAWATANKUASA JKKK KAMPUNG TENGAH BETONG
29 Disember 2020 - Majlis angkat sumpah bagi semua ahli jawatankuasa JKKK Kampung Tengah Betong telah diadakan di hadapan Majistret bertempat di Pejabat Daerah Betong. Sesi angkat sumpah ini bagi menzahirkan rasa tanggungjawab serta integriti semua ahli jawatankuasa dalam memikul amanah yang telah diberikan. Diharapkan semua ahli jawatankuasa dapat melaksanakan tugasan dengan jujur, ikhlas, berintegriti tinggi serta penuh dengan rasa tanggungjawab. Amanah yang dipikul adalah tanggungjawab bersama. Semoga Kampung Tengah Betong dapat memacu kejayaan serta menjadi contoh kepada kampung lain di Daerah Betong.



MESYUARAT PENGURUSAN JKKK KAMPUNG TENGAH BETONG BILANGAN 2 TAHUN 2020
21 Disember - Mesyuarat Pengurusan JKKK Kampung Tengah Betong Bilangan 2 Tahun 2020 telah diadakan bertempat di Surau Darul Dakwah, Kampung Tengah Betong. Mesyuarat dipengerusikan oleh KK Abang Isa bin Abang Senawi serta dihadiri oleh semua ahli jawatankuasa JKKK Kampung Tengah, Betong.
Agenda mesyuarat termasuklah pembentangan aktiviti yang telah dilaksanakan oleh JKKK sepanjang September hingga November yang lalu, laporan kedudukan kewangan serta perkembangan status bantuan infrastruktur yang telah dilaksanakan di Kampung Tengah Betong. Mesyuarat turut menyentuh status perkembangan 2 projek RTP yang dijalankan di Kampung Tengah Betong iaitu Projek Naik Taraf Surau Darul Dakwah dan Naik Taraf Tadika KEMAS Kampung Tengah Betong.
Diharapkan mesyuarat ini dapat menjadi medan semua ahli untuk menyalurkan sebarang maklumat dan isu yang boleh diketengahkan untuk dibawa kepada pihak atasan.
Create Your Own Website With Webador