LATAR BELAKANG

Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 08 Julai 2020 telah bersetuju untuk menambah baik pelaksanaan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutuan (MPKKP) bagi memastikan ianya akan menjadi institusi yang lebih efektif dan efisien dalam pembangunan kampung.

Selaras dengan penambahbaikan tersebut, MPKK dan MPKKP dijenamakan semula kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP).

Beberapa pembaharuan dilaksanakan iaitu yang pertama daripada segi prosedur pelantikan anggota. Satu jawatankuasa ditubuhkan di peringkat daerah/parlimen yang berperanan untuk membuat tapisan pemilihan calon anggota mengikut pembahagian komposisi parti komponen Kerajaan Persekutuan. Yang kedua, syarat-syarat pelantikan anggota juga telah ditambah baik untuk memastikan anggota yang dilantik adalah layak dan berkebolehan untuk mengurus tadbir kampung seterusnya dapat memperkemaskan lagi sistem pentadbiran di peringkat akar umbi.

FUNGSI UTAMA

Fungsi utama JKKK adalah membuat perancangan dan pelaksanaan projek / program di kampung disamping menggerakkan penglibatan komuniti setempat. JPKK dan JPKKP juga adalah merupakan perantara di peringkat akar umbi yang akan menyalurkan sebarang permasalahan atau aduan kepada pihak-pihak yang berkuasa dan berkaitan terhadap sesuatu isu yang timbul.

PIHAK BERKUASA MELANTIK

Bagi negeri-negeri yang ditadbir oleh Kerajaan Persekutuan, anggota JPKK akan dilantik oleh Kerajaan Negeri masing-masing. Manakala bagi negeri-negeri yang tidak ditadbir oleh Kerajaan Persekutuan, anggota JPKKP akan dilantik oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan Luar Bandar.

SYARAT UMUM PELANTIKAN AJK JKKK

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur di antara 21 hingga 65 tahun manakala bagi Pengerusi hendaklah berumur 40 tahun dan ke atas.
  • Penduduk tetap di kampung yang dipohon jawatan.
  • Tahap pendidikan sekurang-kurangnya SPM atau setaraf.
  • Tidak muflis.
  • Tiada rekod sabitan kes jenayah.
  • Sihat mental dan fizikal.
  • Bebas daripada penyalahgunaan dadah.
  • Aliran pemikiran dan daya kepimpinan dapat diterima oleh masyarakat setempat dan pemimpin tempatan.
  • Mengamalkan nilai integriti dan kepimpinan berwibawa.
  • Keanggotaan sekurang-kurangnya 30% wanita.
  • Keanggotaan sekurang-kurangnya terdiri daripada seorang belia.
  • Tiada pertalian keluarga (anak beranak, suami isteri, adik beradik) di antara Pengerusi dan Setiausaha dalam satu-satu JPKK / JPKKP.
  • Syarat tambahan lain selain di atas yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh PBM.

KADAR ELAUN 

PEKELILING BILANGAN 61/98 : GARIS PANDUAN PENUBUHAN DAN PENTADBIRAN JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG ( JKKK ) NEGERI SARAWAK