ADUAN DAN CADANGAN | TARIKH | MAKLUM BALAS TINDAKAN |
---|---|---|
Kpd ajk kk kpg tengah Betong.Saya mohon membuat parit dari rumah Seman Mos menyambung parit rumah Jelia hashim.Panjangnya lebih kurang40 meter. Kedua parit dari rumah Jelia hingga rumah Musa Hashim lebihkurang 30 meter.Terima kasih. | 11 JANUARI 2022 | Permohonan akan diusul dalam Mesyuarat Pengurusan JKKK Bil.1 Tahun 2023 |
Tahniah barisan AJK JKKK Kpg Tengah sesi 2022. Buktikn kita mampu! | 01 FEBRUARI 2022 | Terima kasih |
pili bomba tertutup oleh tar jalan | 01 JANUARI 2022 | Pemeriksaan Pili Bomba berkenaan telah dilaksanakan oleh pihak Bomba dan Penyelamat Betong pada 31 Januari 2022. Masih menunggu tindakan susulan selanjutnya daripada pihak terlibat. Permohonan dimajukan oleh pihak BBP ke ibu pejabat BBP Sarawak untuk kelulusan. |
Pembinaan padang futsal untuk belia Kampung Tengah bersukan dan rekreasi | 01 JANUARI 2022 | Cadangan ini agak kurang praktikal atas faktor kawasan tapak yang terhad di Kampung Tengah Betong. Walau bagaimanapun, pihak JKKK sentiasa menyokong usul pembinaan padang futsal sekiranya terdapat tapak tanah yang bersesuaian. |
Pembinaan parit di belakang rumah Abg Nurfuad bin Abg Nurol | 05 FEBRUARI 2022 | Permohonan akan diusul dalam Mesyuarat Pengurusan JKKK Bil.1 Tahun 2023. Pihak JKKK telah melaksanakan lawatan ke kawasan terbabit dan menyokong cadangan tersebut memandangkan kawasan terlibat agak mendukacitakan terutamanya ketika musim hujan. |
Tiang api ( No.5/A2357 ) diselaputi ranting pokok. Boleh mendatangkan bahaya terutama ketika hujan | 05 FEBRUARI 2022 | Pihak JKKK sentiasa berusaha memastikan setiap kerosakan pada lampu jalan di Kampung Tengah Betong segera diperbaiki. Kerjasama penduduk amat diperlukan terutamanya bagi melapor sebarang kerosakan lampu jalan di sekitar Kampung Tengah Betong. |
laksanakan kolaborasi dengan pelbagai NGO yang terdapat di kampung tengah | 20 JULAI 2022 | Pelawaan kerjasama bersama pelbagai agensi amat dialu-alukan.Kampung Tengah mempunyai beberapa NGO seperti Ranting PBB, PPWS, KRT, PPKMB, JKP SDD dan PPMB. Gabungan pelbagai NGO ini akan menjadikan suara Kampung Tengah Betong dipandang serius oleh pihak-pihak berkenaan. JKKK selaku NGO induk menyeru agar semua NGO dapat bergerak bersama-sama JKKK dalam memastikan matlamat menjadikan Kampung Tengah Betong maju dalam pelbagai aspek, dapat kita capai. |
Choba kita nanga sidak iban.Sidak yau selalu beri persembahan ngajat.Guru sidak yau yg pandei beri khidmat sebagai tenaga pengajar.Volonteer.Mun ada fund lagi bagus.Polah kertas kerja sapau tenaga pengajar...berapa rami yg terlibas..umor sidak yau.sagu hati untuk guru nya.Kinik tu susah nak sikap memberi khidmat percuma.Buat satu aktiviti dolok.Mun berjaya kita tambah lagi dengan aktiviti yg menyukakan anak muda.Tapi jangangan lupa sidak tu d dedahkan dengan aktiviti agama.Dolok ada sebilangan pelajar berserban dan minat pergi suro dan masjid.Nak tanya masih aktive kah mereka ini? | 20 JULAI 2022 | Pelbagai kertas kerja telah dimajukan kepada pihak yang berkenaan namun masih belum mendapat maklum balas. Pihak JKKK sentiasa merangka pelbagai strategi bagi menarik minat belia. Sebagai contoh, JKKK bersedia membiayai seluruh perbelanjaan pengurusan pasukan belia KATENGAH dalam pelbagai aktiviti atau pertandingan sukan, bergantung kepada kedudukan kewangan JKKK. Kerjasama dari pihak NGO lain juga diperlukan bagi memastikan hasrat mengelak belia daripada terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan substance. |
Kpd ajk jkkk kampung.Memandangkan dari sehari kebudayan melayu semakin di pingirkan.Saya mencadangkan supaya ahli jkkk menggalakan kaum belia dan belianis mengwujudkan satu kebudayaan seperti hadrah..silat...tarian tradisional dan banyak lagi yg boleh d pilih.Pilih satu dahulu dan cari guru untuk membimbing mereka itu.Tenaga pengajar di beri elaun.Dengan adanya pekara ini budaya kita tidak akan hilang di telan masa.Kalau dapat elok d laksanakan. | 20 JULAI 2022 | Pihak JKKK sedang dalam usaha menubuhkan kelab kompang Kampung Tengah Betong. Usaha dimulakan dengan pihak SK Abg Abd Kadir bersedia meminjamkan kompang untuk kegunaan JKKK. |
adakan kursus fardu kifayah memandikan jenazah peringkat Kampung Tengah Betong | 20 JULAI 2022 | Aktiviti ini memerlukan sokongan kuat daripada JKP Surau Darul Dakwah yang mantap dari segi dana berbanding kedudukan kewangan JKKK. Pihak JKKK menyokong cadangan ini serta telah memohon peruntukan daripada pihak Majlis Islam Sarawak dan Baitul Mal. |
Create Your Own Website With Webador